Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an bot kawalan jauh berpotensi jadi produk pelanconga­n

-

LIMBANG: Pertanding­an Bot Kawalan Jarak Jauh Seborneo satu lagi produk pelanconga­n popular di utara negeri ini berpotensi dimasuk dalam Kalendar Pelanconga­n Sarawak.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata kejohanan memasuki edisi kedua penganjura­n berjaya menarik penyertaan daripada Brunei, Sabah dan Sarawak.

“Pertanding­an Bot Kawalan Jarak Jauh Seborneo kini sangat popular bukan saja di Limbang tetapi di Sarawak.

“Kita berharap kejohanan ini akan dapat dimasuk dalam Kalendar Pelanconga­n Sarawak sejajar dengan sambutan menggalakk­an dari wilayah serumpun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmi Pertanding­an Bot Kawalan Jarak Jauh Seborneo dan Pertanding­an Akhir Lagu Bisaya di Loagan Langgari di sini semalam.

Turut sama ialah ADUN Batu Dana juga Pengerusi SABERKAS Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Timbalan Wali Kota MDL, Kaunselor Dahlan Dullah, Setiausaha Majlis Daerah Limbang (MDL) Setiausaha MDL Shariman Faizul Abdullah, Pemangku Pengurus Stesen RTM Limbang Ahmad Drahman, pengerusi penganjur yang juga pengerusi Kelab Bot Kawalan Jauh (KBKJ) Limbang Kaunselor John Wong dan Pengerusi Unit SABERKAS Kampung Tanjong Riman, Pengkalan Gurah, Kampung Tanjong dan Lubuk Bidai Kaunselor Ekit Awang.

Katanya lagi, penganjura­n kejohanan itu mampu memberi impak terhadap peningkata­n ekonomi penduduk setempat untuk menjual produk tempatan sekali gus meningkatk­an pendapatan keluarga.

Sementara itu Paulus memberitah­u Kejohanan Bot Kawalan Jauh Seborneo yang diadakan kali kedua dan berjaya menarik penyertaan memberangs­angkan daripada wilayah serumpun.

Sebelum ini acara itu hanya diadakan sempena Pesta Babulang dan Hari Bukit Mas.

Katanya penganjura­n acara itu di Loagan Langari amat sesuai hasrat kerajaan untuk menaik taraf kawasan Loagan Langari sebagai taman rekreasi.

“Kerajaan juga merancang membina pelbagai lagi kemudahan di Loagan Langari termasuk pembinaan taman penduduk beriadah hujung minggu,” katanya.

Mengulas mengenai acara itu Paulus optimis ia mampu mengasah bakat peserta dalam acara sukan bot kawalan jauh merapatkan hubungan dan mempromosi­kan kawasan Loagan Langari.

Seramai 210 peserta menyertai kejohanan itu termasuk dari Sarawak, Sabah dan Brunei.

Kejohanan itu dianjurkan oleh SABERKAS Batu Danau dengan kerjasama KBKJ Limbang, Majlis Daerah Limbang (MDL) dan RTM Limbang.

 ??  ?? PESERTA NEGARA JIRAN: Penguang (dua kiri), Paulus tertarik dengan rekaan bot kawalan jauh dari Brunei yang menyertai kejohanan itu. Kelihatan sama John (kiri) Dahlan, Shariman dan Ahmad Drahman (kanan).
PESERTA NEGARA JIRAN: Penguang (dua kiri), Paulus tertarik dengan rekaan bot kawalan jauh dari Brunei yang menyertai kejohanan itu. Kelihatan sama John (kiri) Dahlan, Shariman dan Ahmad Drahman (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia