Utusan Borneo (Sarawak)

UPSR dinilai semua aspek bukan hanya gred A

-

LIMBANG: Pengumuman bagi keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 akan mengambil kira pentaksira­n bilik darjah (PBD), pentaksira­n aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulu­m (PAJSK) serta pentaksira­n psikometri­k (PPsi).

Guru Besar SK Melayu Pusat Usop Sapihi berkata UPSR tidak hanya mengambil kira banyak mana calon mendapat A dalam semua subjek, tetapi tiga komponen berkenaan turut diambil kira untuk melihat pencapaian murid secara keseluruha­n.

“Keputusan UPSR 2017 tidak menumpukan kepada calon yang mendapat A sahaja, tetapi pencapaian mereka secara holistik,” katanya pada Majlis Konvokesye­n dan Penyampaia­n Hadiah Anugerah Kecemerlan­gan Pelajar, SK Melayu Pusat disini barubaru ini.

Hadir pada program itu ialah wakil Pegawai Pendidikan Daerah Limbang Adanan Aman. dan Yang Dipertua PIBG SK Melayu Pusat Abdullah Abu Bakar.

Usop berkata lagi tiba masanya untuk semua pihak supaya tidak lagi menumpukan kepada kecemerlan­gan murid berdasar keputusan akademik, tetapi pencapaian mereka secara holistik.

Katanya lagi murid-murid tahun enam perlu bersedia fizikal dan mental untuk melangkah ke alam sekolah menengah.

“Jaga disiplin dan belajar bersungguh-sungguh dan warga sekolah akan meningkatk­an kerjasama dengan ibu bapa, PIBG dan ketua masyarakat untuk memantau dan memerhati anak-anak di kawasan kampung,” ujarnya lagi.

Katanya para guru tidak dapat memantau anak-anak dalam tempoh 24 jam kerana masa mereka yang terhad di sekolah.

Mengulas lanjut katanya SK Melayu pusat banyak melakar pelbagai kecemerlan­gan bukan saja dari segi akademik malah dari segi kokurikulu­m, sukan dan pelbagai bidang lain.

Antaranya katanya terpilih sebagai 10 sekolah di Sarawak dan 100 sekolah di Malaysia di bawah Program Transforma­si Sekolah, Kajian Rintis Modul Penerapan Nilai Perpaduan dan pelbagai kejuaraan lain.

Beliau berkata lagi majlis tersebut merupakan satu penghargaa­n kepada murid berjaya dalam pelbagai bidang sepanjang tahun.

Terdahulu Adanan berkata murid hari ini mempunyai banyak pilihan mendapatka­n maklumat mengenai pelajaran termasuk daripada Internet tanpa terlalu bergantung dengan guru.

“Kita boleh mendapatka­n maklumat di hujung jari untuk mendapatka­n maklumat. Oleh itu pencapaian mereka dalam pelajaran perlu ditingkatk­an berbanding pada zaman guru terdahulu,’katanya lagi.

Beliau turut memuji usaha dan komitmen warga Sk Melayu Pusat dalam melaksana pelbagai program dan kejayaan di peringkat negeri dan kebangsaan.

PPD katanya akan menyediaka­n kemudahan termasuk Internet dan penyelengg­araaan komputer untuk para pelajar.

 ??  ?? HARGAI MURID: Usop (kiri), Adanan dan Abdullah bersama warga sekolah dan ibu bapa pada Majlis Konvokesye­n dan Penyampaia­n Hadiah Anugerah Kecemerlan­gan Pelajar, SK Melayu Pusat di Limbang, semalam.
HARGAI MURID: Usop (kiri), Adanan dan Abdullah bersama warga sekolah dan ibu bapa pada Majlis Konvokesye­n dan Penyampaia­n Hadiah Anugerah Kecemerlan­gan Pelajar, SK Melayu Pusat di Limbang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia