Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif pastikan pemanduan berhemah pengguna jalan raya

- Oleh Kepu Sidi

BINTANGOR: Sejak program Satu Komuniti Satu Jabatan Pengangkut­an Jalan ( SKSJPJ) dilaksana 2009 hingga November tahun ini berjaya memberi lesen kepada 21,283 warga Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Ding Kuong Hiing berkata, sementara itu seluruh Malaysia seramai 135,726 calon mendapat manfaat daripada program ini.

“Sehingga kini, sebanyak 35 siri Program SKSJ telah dijalan di Sarawak, manakala seluruh Malaysia ia telah dianjurkan sebanyak 40 siri.

“Adanya penganjura­n program ini, kerajaan berharap semua pengguna jalan raya, sama ada kawasan bandar juga luar bandar mengamalka­n konsep pemanduan berhemah termasuk mengutama segala aspek keselamata­n.

“Program ini juga merupakan satu usaha JPJ merakyatka­n perkhidmat­an awam dan turun padang menyampaik­an perkhidmat­an kepada masyarakat luar bandar, terutamany­a warga emas memiliki lesen memadu motosikal kelas B2 yang sah,” kata Ding.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Program SKSJ di Stadium Chen Ling Mei Sekolah Kebangsaan Menengah (SMK) Kai Chung Bintangor, semalam.

Pada program kali ini seramai 2,666 calon berjaya mendapat lesen memandu B2, di mana seramai 1,764 peserta merupakan lelaki manakala 902 orang pula wanita.

Sementara itu, Pengarah JPJ Negeri Sarawak, Mohd Syafiq Anas Abdullah dalam ucapan alu-aluan pada majlis sama pula berkata, statistik 2016 menunjukka­n bahawa 63 peratus kemalangan melibatkan penunggang mo- tosikal.

Bagi negeri Sarawak katanya, pada 2016 sahaja sebanyak 20,065 kes kemalangan direkod.

“Daripada jumlah itu, ia menunjukka­n peningkata­n sebanyak 4.6 peratus berbanding 2015 sebanyak 19,130 kes.

“Dalam usaha untuk membendung segala bentuk masalah tersebut, JPJ sebagai sebuah agensi pelaksana dan penguat kuasa melakukan pelbagai usaha membendung khusus segenap peringkat dan usia,” katanya.

Jelasnya, antaranya seperti penubuhan Skuad Muda 1JPJ, pasukan Kadet JPJ di seluruh sekolah di negara ini, Program MyLesen, Program MyLesen GDL dan Program MyPrihatin.

“Semua usaha dilakukan ini bagi meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai penting mematuhi peraturan jalan raya juga membantu golongan kurang mampu mendapatka­n lesen sah,” kata Mohd.

Adanya penganjura­n program ini, kerajaan berharap semua pengguna jalan raya, sama ada kawasan bandar juga luar bandar mengamalka­n konsep pemanduan berhemah termasuk mengutama segala aspek keselamata­n. Ding Kuong Hiing ADUN Meradong

Mengulas mengenai pembinaan Kompleks JPJ Sarikei yang baharu, Mohd berkata, sebuah kompleks yang serba lengkap dengan banguan pejabat baharu, kandang sita dan lain-lain kemudahan telah mulai dibina tahun ini.

Katanya, bangunan ini bernilai RM22 juta dan dibina di Jalan Repok Sarikei serta terletak lebih kurang 3 kilometer dari pusat bandar.

“Kompleks ini akan dibina pada keluasan sekitar 12 ekar dan bakal siap sepenuhnya pada tahun 2020.

“Siapnya kompleks ini nanti bakal memberikan keselesaan kepada semua pihak yang bakal berurusan dengan pihak JPJ,” tegas Mohd lagi.

Turut hadir sama pada majlis ini ialah Residen Bahagian Sarikei, Mohamad Junaidi Mohidin, Pegawai Daerah Meradong, Haron Mahidi, Ketua Cawangan JPJ Sarikei, Pegawai Penguat Kuasa Nurul Fairezzah Safri dan ketua-ketua masyarakat setempat.

 ??  ?? BANGGA: Peserta SKSJ yang paling tua dan muda yang telah mendapat lesen memandu percubaan B2 merakam gambar bersama dengan tetamu kehormat.
BANGGA: Peserta SKSJ yang paling tua dan muda yang telah mendapat lesen memandu percubaan B2 merakam gambar bersama dengan tetamu kehormat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia