Utusan Borneo (Sarawak)

Lo Kiun Sin dipilih pengerusi Kelab Radio Amatur Miri

-

MIRI: Lo Kiun Sin dipilih sebagai pengerusi Kelab Radio Amatur Miri buat kali kedua untuk penggal 2018 hingga 2019 semasa Mesyuarat Agung Dua Tahun Sekali (BGM) baru-baru ini.

Turut dipilih semula ialah naib pengerusi Hazelan Abdullah dan ahli jawatankua­sa Muhamad Nur’ Ainnudeenn Saini.

BGM kali ini turut menyaksika­n muka baharu dalam jawatankua­sa iaitu setiausaha Mohamad Nasir Sopin, timbalan pengerusi Agnes Lau, bendahari Kho Hui Kian dan ahli jawatankua­sa biasa Belly Junaidi.

“Setakat ini kita ada kirakira 100 ahli dan kita mengalualu­kan mereka yang berminat dalam aktiviti walkie talki dan radio untuk berdaftar sebagai ahli.”

“Orang awam boleh menjadi pendengar gelombang pendek dan apabila menjadi ahli mereka boleh menduduki peperiksaa­n radio amatur di bawah Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya.

Lo menambah, selepas lulus peperiksaa­n SKMM, mereka akan diiktiraf sebagai operator radio layak.

Beliau menambah, kelab tersebut didaftarka­n den- gan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan pada Oktober 2015 sebagai platform kepada berminat mengembang­kan hobi dalam radio amatur.

Katanya, ‘repeater’ didaftar di bawah kelab boleh digunakan sebagai alat komuni- kasi terutama semasa bencana alam semula jadi sekiranya alat komunikasi lain gagal berfungsi.

Keterangan lanjut mengenai keahlian kelab boleh menghubung­i Lo di talian 017-8029002 atau Hazelan di 017-8235755.

 ??  ?? DOKUMEN: Lo (empat kiri) menyerahka­n dokumen kelab kepada setiausaha baharu Nasir Sopin.
DOKUMEN: Lo (empat kiri) menyerahka­n dokumen kelab kepada setiausaha baharu Nasir Sopin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia