Utusan Borneo (Sarawak)

58 rumah panjang, lima kampung daftar sebagai ahli di bawah PTRDS

-

SELANGAU: Persatuan Tuai Rumah Daerah Selangau (PTRDS) telah ditubuh pada 24 September lalu dan didaftarka­n di Pejabat Daerah Selangau melibatkan barisan tuai rumah, ketua kampung kawasan Ulu Mukah, Ulu Selangau dan Ulu Dijih.

Persatuan yang dipengerus­i Ngumbang Awit itu merangkumi 58 rumah panjang dan lima kampung.

Objektif penubuhann­ya adalah untuk menyimpan rekod peribadi tuai rumah serta mengadakan aktiviti tahunan bagi mengeratka­n silaturahi­m.

Selain itu, ia juga mengumpul idea atau cadangan efektif serta berkesan berkaitan dengan tugas tuai rumah untuk membangunk­an masyarakat rumah panjang ataupun kampung masing-masing.

PTRDS juga berperanan sebagai platform mencadangk­an kursus agensi kerajaan termasuk merangka aktiviti lawatan sambil belajar.

Sebelum pemilihan jawatan, semua tuai rumah sebulat suara melantik Pegawai Daerah Selangau Henry Inting Nyami sebagai penasihat.

Jawatankua­sa PTRDS yang lain ialah Seli Ansi sebagai timbalan pengerusi, Rose Tandang (setiausaha), Chandu Kanang (timbalan setiausaha), Ambrose Ramping Ebang (bendahari) dan Bayang Intai (timbalan bendahari).

Ahli jawatankua­sa biro ialah Banyan Mawan sebagai publisiti, Christophe­r Chat (kebajikan), Pengarah Rantai (kebudayaan), Kassim Remang (keselamata­n), Hellen Dauh Bau (wanita), Angga Nali ( protokol 1), Sabeli Sana (protokol 2), Selat Naga (juruaudit-1) dan Ramping Mugang (juruaudit-2).

Mesyuarat pertama PTRDS telah diadakan pada 24 September lalu bertempat di Balai Raya Kampung Danau, Selangau.

 ??  ?? UNTUK KEBAJIKAN: Ngumbang (duduk, empat kanan) serta ahlinya yang lain ketika mengadakan mesyuarat pertama PTRDS di Selangau, baru-baru ini.
UNTUK KEBAJIKAN: Ngumbang (duduk, empat kanan) serta ahlinya yang lain ketika mengadakan mesyuarat pertama PTRDS di Selangau, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia