Utusan Borneo (Sarawak)

RM21 bilion adalah kepada PKS di Sarawak dengan perkhidmat­an, pembuatan antara sektor utama penerima pinjaman

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Semua institusi kewangan di negara ini telah meluluskan pinjaman sebanyak RM310 bilion kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) seluruh negara setakat ini.

Pengarah Jabatan Kewangan Pembanguna­n dan Perusahaan Bank Negara Malaysia ( BNM) Marina Abd Kahar berkata daripada jumlah dilulus itu, sebanyak RM21 bilion adalah kepada PKS di Sarawak.

“Sektor perkhidmat­an dan pembuatan PKS di Sarawak antara sektor utama menerima pembiayaan tersebut.

“Jumlah ini jelas men- unjukkan pelbagai sokongan diberi kepada golongan usahawan PKS dalam usaha membantu meningkatk­an perniagaan ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa Karnival Kewangan Sarawak 2017 yang berlangsun­g di Pusat Pameran CityOne di sini, semalam.

Marina berkata, selain pembiayaan kewangan, seramai 21,106 pegawai bank seluruh negara membantu dan menasihat PKS dalam soal kewangan melalui Program Melatih Pelatih (TTT).

“Lebih 340 PKS juga dilatih dengan kelulusan pinjaman kewangan berjumlah RM378 juta,” ujarnya.

Mengulas mengenai masalah menimpa PKS, Marina menasihat mereka terlibat agar segera berjumpa dengan institusi kewangan bagi membuat penjaduala­n dan penstruktu­ran (R&R) pinjaman.

Menurutnya, lebih 14,000 PKS menghadapi masalah telah dibantu melalui R&R antara 2008 hingga tahun lalu.

Hadir sama, Pengurus Jabatan Kewangan Pembanguna­n dan Perusahaan BNM Ahmad Haniff Jamaludin.

Jumlah ini jelas menunjukka­n pelbagai sokongan diberi kepada golongan usahawan PKS dalam usaha membantu meningkatk­an perniagaan ke tahap lebih tinggi. Marina Abd Kahar Pengarah Jabatan Kewangan Pembanguna­n dan Perusahaan BNM

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Marina dan Ahmad pada sidang media sempena Karnival Kewangan Sarawak 2017 di Pusat Pameran CityOne di Kuching, semalam.
SIDANG MEDIA: Marina dan Ahmad pada sidang media sempena Karnival Kewangan Sarawak 2017 di Pusat Pameran CityOne di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia