Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan terus laksana pembanguna­n prasarana di Daerah Sebauh

-

BINTULU: Projek pembanguna­n dalam Daerah Sebauh khusus pembanguna­n prasarana serta infrastruk­tur akan terus dilaksana bagi memberikan keselesaan kepada masyarakat setempat khusus penduduk rumah panjang serta kawasan perkampung­an sekitarnya.

Menteri Bekalan Air dan Elektrik Luar Bandar, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom menjelaska­n, pelaksanaa­n Skim Bekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) fasa pertama yang dilaksana di kawasan Binyo dan fasa kedua (masih di peringkat kajian) bakal dilaksanak­an di kawasan Sungai Sigu menjadi bukti kerajaan komited membangunk­an kawasan pedalaman di negeri ini secara berperingk­at-peringkat.

“Kita semua maklum bahawa pelaksanaa­n sesebuah projek pembanguna­n infrastruk­tur juga prasarana ini bukan satu tugas mudah kerana ia akan dilaksana dari semasa ke semasa demi keselesaan rakyat khusus penduduk kawasan luar bandar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perasmian Projek Bekalan Elektrik, Simpang Masuk Ke Rumah Panjang dan Rumah Stor Biro Wanita Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Gani Lansam di Sungai Sebangat, Jalan Sebauh-Bintulu, di sini, semalam.

Jelasnya, bagi tujuan itu, adalah menjadi tugas ketua masyarakat khususnya Tuai Rumah untuk sentiasa peka akan program pembangu- nan yang akan dilaksanak­an di kawasan masing-masing bagi memastikan penduduk kampung atau rumah panjang sentiasa bersedia dengan sesebuah projek itu bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar.

“Sebaik- baiknya, semua ketua masyarakat haruslah menjalinka­n kerjasama erat dengan Pejabat Daerah masing-masing supaya mereka dapat mengetahui maklumat semasa tentang rangka program pembanguna­n yang dirancang buat mereka supaya ianya dapat memberikan manfaat buat setiap penduduk sekali gus membolehka­n mereka menikmati kesenangan serta keselesaan,” katanya.

Justeru jelasnya, sokongan berterusan daripada rakyat kawasan Sebauh kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) akan membolehka­n lebih banyak lagi peruntukan sama ada dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat untuk membangunk­an Daerah Sebauh yang merupakan kubu kuat BN dari masa ke masa.

Dr Rundi turut mengu- mumkan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada JKKK Rumah Gani dan RM10,000 kepada Biro Wanita rumah panjang berkenaan.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Jenny Bangga, Penghulu Michael Lanyau Ruma dan Pemanca Utong Sigan antara yang hadir.

 ??  ?? RASMI: Dr Rundi (tengah) memotong reben sebagai simbolik kepada perasmian jalan masuk ke Rumah Gani Lansam, Sungai Sebangat, semalam. Turut kelihatan Jenny (dua kiri).
RASMI: Dr Rundi (tengah) memotong reben sebagai simbolik kepada perasmian jalan masuk ke Rumah Gani Lansam, Sungai Sebangat, semalam. Turut kelihatan Jenny (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia