Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga berpendapa­t sewa terlalu tinggi membebanka­n mereka, hanya enam gerai yang masih beroperasi, kata Rabek

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak ( SEDC) digesa mengkaji semula kadar sewa di Medan Niaga Simpang Tiga SEDC di Jalan Awang Ramli Amit dekat sini yang berjumlah RM769.60 bagi tempoh sebulan.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Melayu Bandar Sibu ( PKMMBS) Kaunselor Rabek Ali berkata, kadar sewaan yang dikenakan itu dianggap terlalu mahal dan membebanka­n peniaga.

Beliau berkata, medan niaga yang menyediaka­n 12 lot kedai sejak dibuka pada 2011 lalu kini hanya tinggal enam penyewa, manakala selebihnya telah keluar kerana tidak mampu menanggung kos sewa yang terlalu mahal.

Sehubungan itu, beliau akan menghantar memorandum kepada pihak SEDC Sibu dalam masa seminggu ini merayu supaya pihak SEDC menurunkan kadar sewaan di Medan Niaga Simpang Tiga SEDC di sini.

“Saya dimaklumka­n oleh peniaga bahawa premis ini mula dibuka pada 2011 dengan kadar sewa sebanyak RM450 sebulan.

Bagaimanap­un jumlah itu

Oleh itu, saya berasakan bahawa lebih ramai peniaga akan berpindah keluar dari premis ini jika SEDC tidak mengurangk­an kadar sewaan, sementara tiada permohonan baharu daripada penyewa lain. Kaunselor Rabek Ali Pengerusi PKMMBS

meningkat kepada RM769.60 sebulan pada masa ini, tidak termasuk bil air dan elektrik.

“Oleh itu, saya berasakan bahawa lebih ramai peniaga akan berpindah keluar dari premis ini jika SEDC tidak mengurangk­an kadar sewaan, sementara tiada permohonan baharu daripada penyewa lain.

“Malah, saya difahamkan bahawa kadar sewaan gerai SEDC berhampira­n Hotel Premier di sini yang terletak di tengah kawasan bandar adalah kira-kira RM100 sebulan, manakala di Kuching kira-kira RM300 sebulan.

“Oleh itu, pihak atasan SEDC perlu segera mengambil kira nasib peniaga ini ( Medan Niaga Simpang Tiga SEDC) dan mencari jalan penyelesai­an untuk mereka. Mereka ( SEDC) juga bertanggun­gjawab untuk memeriahka­n kawasan itu bagi membantu menarik pelanggan, ini kerana lokasi premis ini agak strategik dan dilengkapi dengan ruang letak kenderaan,” katanya kepada pemberita di Medan Niaga Simpang Tiga SEDC, semalam.

Beliau menambah, keban- yakan peniaga di sini dari kumpulan berpendapa­tan rendah dan kadar sewaan yang tingga boleh menjejas mata pencarian mereka.

Semua peniaga di sini mahukan sewa bulanan dikurangka­n kepada kira-kira RM200 atau sejajar dengan gerai di bawah pihak berkuasa tempatan seperti Taman Selera Harmoni, kata Rabek yang juga ahli majlis yang bertanggun­gjawab terhadap Taman Selera Harmoni.

Oleh itu, beliau berharap pihak SEDC turun padang bagi mendengar rintihan para penyewa atau peniaga mereka yang mahu nasib mereka dibela sebagaiman­a peranan SEDC itu sendiri.

Rabek turut beranggapa­n bahawa hanya segelintir pelanggan yang datang singgah ke premis berkenaan berikutan pilihan makanan yang terhad kerana hanya enam gerai yang masih beroperasi.

Sementara itu, saki baki peniaga yang masih bertahan merayu kepada SEDC supaya kadar sewaan dikurangka­n kerana mereka terpaksa menanggung kerugian hampir setiap hari.

Salah seorang peniaga memberitah­u bahawa beliau secara purata hanya mampu memperoleh RM50 sehari, tetapi terpaksa membayar upah pekerja sebanyak RM30 sehari, tidak termasuk modal harian.

“Walaupun pada waktu puncak, lebih-lebih lagi pada waktu hujung minggu, jumlah pelanggan yang datang ke sini tidak lebih dari 10 orang. Jika keadaan ini berterusan dengan kadar sewa yang tinggi, sudah pasti kami tidak akan dapat bertahan lama,” rungut beliau yang tidak mahu disiarkan namanya.

 ??  ?? LENGANG: Keadaan Medan Niaga Simpang Tiga yang sunyi dari kunjungan orang ramai.
LENGANG: Keadaan Medan Niaga Simpang Tiga yang sunyi dari kunjungan orang ramai.
 ??  ?? MERAIKAN PELANGGAN: Kakitangan Agrobank Mukah ketika merakamkan kenangan setelah tamat Karnival Rakan Agro semalam.
MERAIKAN PELANGGAN: Kakitangan Agrobank Mukah ketika merakamkan kenangan setelah tamat Karnival Rakan Agro semalam.
 ??  ?? BANTU KAMI: Rabek (duduk, dua kanan) bersama peniaga Medan Niaga Simpang Tiga pada sidang media semalam.
BANTU KAMI: Rabek (duduk, dua kanan) bersama peniaga Medan Niaga Simpang Tiga pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia