Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab Rotary sumbang barangan sekolah untuk 554 pelajar miskin

-

KUCHING: Kelab Rotary Kuching Sentral ( Rotary Internatio­nal District 3310) menyampaik­an sumbangan barangan sekolah kepada 554 pelajar sekolah dari keluarga berpendapa­tan rendah di Parlimen Mas Gading, baru-baru ini.

Pelajar itu dari enam sekolah dikenal pasti iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sebobok, SK Segong, SK Serabak, SK Skibung, SK Stass, dan SK Suba Buan.

Barangan merangkumi baju seragam sekolah, beg, kasut dan alat tulis, disediakan sebagai sebahagian daripada program ‘ Back to School 2017-18’ dengan kerjasama Yayasan Sime Darby (YSD).

Projek ini merupakan sebahagian daripada program Sinar Harapan dalam bentuk projek bantuan mampan membantu pelajar luar bandar dan kelab dalam melaksana program tersebut selama dua tahun berturuttu­rut.

Hadir menyampaik­an sumbangan ialah Presiden Kelab Rotary Kuching Sentral, Benjamin Lo; wakil Ahli Parlimen Mas Gading, Marvin Impi; Pegawai Pendidikan Daerah Bau, Dr Les Met; wakil YSD dan guru besar sekolah-sekolah terbabit.

Benjamin dalam satu kenyataan berkata, beliau berharap kit ‘Back to School’ itu membantu mendorong pelajar untuk belajar bersungguh- sungguh dalam perjalanan menuju ke masa depan lebih cerah.

“Sesetengah kanakkanak telah melalui banyak kisah walaupun pada usia muda dan kita berasa sedih mendengar cerita mereka.

“Sebab itulah kami berasa gembira dapat melihat wajah mereka yang ceria dan teruja apabila menerima barang baharu, walaupun ia mungkin sumbangan kecil untuk setengah orang,” katanya.

Pengerusi penganjur projek, Louis Yong berkata, kelab itu sebelum ini menyampaik­an 264 kit sekolah di Bintulu di bawah program sama dengan YSD, dengan kerjasama Kelab Rotary Bintulu Sentral.

“Kita mahu terus melakukan lebih banyak projek untuk masyarakat dengan bantuan penaja korporat seperti Yayasan Sime Darby dan banyak lagi.”

Sebagai tambahan projek ‘ Back to School’, Kelab Rotary Kuching Sentral telah menjalanka­n banyak projek komuniti, khususnya dalam menyediaka­n rawatan katarak atau pembedahan secara percuma kepada pesakit, melaksanak­an sistem bekalan solar dan air bersih, dan banyak lagi

Kebanyakan projek ini adalah untuk kumpulan berpendapa­tan rendah atau yang di luar bandar di Sarawak.

Kelab turut menganjurk­an Larian Amal Rotary 2018 - Gift of Sight - untuk meraih dana bagi aktiviti pencegahan kehilangan penglihata­n seperti pembedahan katarak percuma, pemeriksaa­n mata percuma dan banyak lagi.

Untuk keterangan lanjut, daftar dalam talian di www. kuchingcen­tralrotary.org/ rotaryrun2­018 manakala individu dan organisasi berminat bekerjasam­a dengan kelab dalam mana- mana projek, boleh menghubung­i laman Facebook www.facebook.com/kuchingcen­tral.

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Para penerima dan Kelab Rotary Kuching Sentral, YSD dan guru besar merakam kenangan pada majlis penyampaia­n kit sekolah baru-baru ini.
UNTUK KENANGAN: Para penerima dan Kelab Rotary Kuching Sentral, YSD dan guru besar merakam kenangan pada majlis penyampaia­n kit sekolah baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia