Utusan Borneo (Sarawak)

Ia bagi memastikan keperluan hospital sentiasa mencukupi dan bersedia untuk menghadapi kes kecemasan: Dr Sim

-

KUCHING: Hospital Umum Sarawak (HUS) perlu mendapatka­n lebih daripada 250 pendermaan darah setiap hari bagi memenuhi keperluan hospital dan bersedia untuk kes kecemasan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata amat penting bagi bandar raya ini mendapatka­n bekalan darah yang mencukupi bagi menyelamat­kan nyawa.

“Pada satu hari nanti, kita mungkin memerlukan darah lebih-lebih lagi ketika kita bertambah tua dan menderita sakit.

“Bandar Kuching mempunyai populasi 750,000 orang dan saya percaya matlamat untuk mendapat 250 penderma darah (setiap hari) boleh dicapai,” katanya.

Dr Sim berkata demikian ketika berucap pada majlis menghargai penderma darah 2017 yang diadakan sempena sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Kuching di

Bandar Kuching mempunyai populasi 750,000 orang dan saya percaya matlamat untuk mendapat 250 penderma darah (setiap hari) boleh dicapai. Datuk Dr Sim Kui Hian Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

pusat beli-belah Boulevard di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengarah HUS Dr Hayati Ja’afar, pakar pemindahan perubatan HUS yang juga naib pengerusi jawatankua­sa penganjur Dr Wong Yi Shen dan setiausaha Kesatuan Penderma Darah Malaysia, Alan Chew.

Tambah Dr Sim, untuk mengembang­kan dan mengekalka­n kumpulan penderma darah mampan dan teratur, jumlah penderma darah muda berusia antara 17 hingga 25 tahun perlu ditingkat kepada 35 peratus berbanding populasi penderma.

“Jadi, apabila anda pergi menderma terutama golongan muda, pergi dalam satu pasukan bertiga kerana ia memerlukan tiga penderma untuk menyelamat­kan satu nyawa,” katanya.

HUS katanya, membelanja­kan RM100,000 sebulan untuk memproses darah supaya mendapatka­n darah yang berkualiti dan sihat untuk digunakan dan mengekalka­n Tabung Darah.

“Kerajaan membelanja­kan banyak wang ke atas penjagaan kesihatan setiap tahun. Seluruh prosedur dari prapemerik­saan ke ujian makmal untuk memastikan darah adalah baik dengan kos transfusi sekitar RM200. Ia tidak percuma tanpa sebarang kos,” katanya.

Selain itu, penderma katanya harus bangga kerana jika anda layak menderma itu bermakna anda disahkan sihat, ujar Dr Sim.

Terdahulu, Dr Wong mendedahka­n bahawa penderma darah aktif adalah sekitar 2.3 peratus daripada populasi.

“Kita perlu meningkatk­an bilangan ini kepada sekurangku­rangnya 2.8 peratus untuk bekalan darah yang konsisten dan mampan bagi Sarawak dan Malaysia,” katanya.

Tabung Darah HUS dalam pada bekerjasam­a dengan pelbagai penganjur untuk memastikan bekalan darah yang selamat yang mencukupi bagi memenuhi keperluan transfusi negeri.

Sementara itu, seramai 20 penderma lelaki dan 13 penderma wanita menerima Anugerah Penderma Darah 2017 pada majlis itu semalam manakala 20 penganjur kempen paling aktif dan 13 penganjur promosi kempen menerima anugerah pengiktira­fan daripada Kementeria­n Kesihatan.

 ??  ?? KENANGAN: Dr Sim merakamkan gambar bersama penderma darah serta pihak penganjur yang diraikan pada Anugerah Penderma Darah di Kuching semalam.
KENANGAN: Dr Sim merakamkan gambar bersama penderma darah serta pihak penganjur yang diraikan pada Anugerah Penderma Darah di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia