Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Rahman: Tiga formula sumbang kemenangan PBB Pantai Damai

-

SANTUBONG: Terdapat tiga formula menyumbang kemenangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11 lalu.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar, Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, tiga formula menyumbang kejayaan PBB di cawangan itu adalah komitmen, kerjasama erat serta tanggungja­wab semua sayap jentera parti dalam melaksanak­an tugasan.

“Ketiga-tiga faktor berkenaan merupakan penyumbang kejayaan PBB Cawangan N.4 Pantai Damai. Ini terbukti apabila kita memperoleh kejayaan cemerlang pada PRN Ke-11 dengan majoriti undi sebanyak 9,260 begitu juga pada PRU Ke-13, dengan pencapaian hampir sama iaitu sebanyak 9,126 undi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa mer- asmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Pergerakan Wanita, dan Pergerakan Pemuda PBB Cawangan N.4 Pantai Damai bagi Sesi 2017-2020 yang berlangsun­g selama dua hari di Santubong, semalam.

Menurutnya, tanpa usaha semua sayap jentera parti itu sama ada dari sayap wanita, bapa dan pemuda, maka sukar untuk PBB Pantai Damai terus mengecapi kejayaan dalam PRU mahupun PRN yang lalu.

“Sehubungan itu, saya menyaranka­n semua jentera PBB Pantai Damai untuk terus komited melakasana­kan tanggungja­wab mereka dalam memastikan kita dapat mengekalka­n kejayaan ini pada masa hadapan,” katanya.

Di samping itu, beliau menggesa ahli-ahli dari 41 ranting dalam PBB Cawangan Pantai Damai untuk sentiasa bergerak aktif mendaftark­an ahli baru parti tersebut.

“Untuk makluman, setakat bulan Oktober tahun ini, kita telah berjaya mendaftark­an seramai 16,260 ahli PBB dari semua 41 ranting kita,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman turut mengingatk­an ahli jawatankua­sa PBB yang baharu dilantik pada mesyuarat hari ini supaya melaksanak­an tanggungja­wab yang diamanahka­n dengan sebaik mungkin.

 ??  ?? RASMI: Abdul Rahman merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Pergerakan­Wanita, dan Pergerakan Pemuda PBB Cawangan N.4 Pantai Damai bagi Sesi 2017-2020 di Damai Beach Resort, Santubong semalam.
RASMI: Abdul Rahman merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Pergerakan­Wanita, dan Pergerakan Pemuda PBB Cawangan N.4 Pantai Damai bagi Sesi 2017-2020 di Damai Beach Resort, Santubong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia