Utusan Borneo (Sarawak)

110 pelajar ikuti kem latihan kepimpinan Kem Resort YMCA

-

SIBU: Seramai 110 pelajar mengikuti kem latihan kepimpinan di Kem Resort YMCA, Jalan Oya yang bermula semalam.

Kem latihan dua hari ini dianjurkan oleh YMCA Sibu, disertai pelajar dari SMK Sacred Heart, SMK Tung Hua, SMK Methodist dan SMK Elizabeth.

Timbalan Presiden YMCA Sibu Kapitan Datuk Janet Lau telah merasmikan kem latihan itu semalam. Hadir sama ialah Pengarah YMCA, Richard Wong Ei Sing dan pengerusi penganjur, Dr Lawrence Law.

Kem latihan tersebut dikendalik­an oleh jurulatih bertauliah Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia Malaysia, Bobo Wong.

Antara lain, program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para belia untuk mempelajar­i cara-cara untuk bekerja berpasukan, mencari persamaan bersama di sebalik kepelbagai kebudayaan serta berani dalam menjalanka­n tanggungja­wab sosial.

Dalam ucapannya, Janet Lau menyeru peserta untuk memanfaatk­an sepenuhnya kem tersebut bagi mendapatka­n sebanyak mungkin pengalaman dalam menangani cabarancab­aran yang akan datang.

Melalui program, beliau yakin peserta dapat memperoleh pengetahua­n yang berguna untuk berkhidmat sebagai pemimpin pada masa akan datang.

“Program kem latihan ini penting untuk generasi baharu yang sedang belajar di sekolah yang tidak lama lagi akan memainkan peranan dalam penting masyarakat,” ujarnya.

Berbanding dengan generasi terdahulu katanya, generasi kini bakal menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup.

“Di samping mempunyai tanggungja­wab kepada diri sendiri, keluarga dan pekerjaan, mereka juga perlu berhadapan dengan pelbagai masalah sosial dan persekitar­an.

“Generasi muda kini juga akan menjadi pemimpin masa depan dunia. Oleh itu mereka harus mempunyai kekuatan diri untuk menjadi pemimpin,” ujar Janet Lau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia