Utusan Borneo (Sarawak)

PPD Sarikei rai kakitangan dalam Majlis Sekalung Budi

-

SIBU: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sarikei meraikan warga pendidikny­a dalam Majlis Sekalung Budi, Sejambak Kasih dan Majlis Apresiasi Guru Daerah Sarikei di salah sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Bertemakan ‘Guru Pembina Negara Bangsa’, penganjura­n majlis itu bertujuan memberi pengiktira­fan dan menginspir­asikan motivasi dan pembakar semangat kepada warga PPD Sarikei untuk mencapai kecemerlan­gan.

Berucap pada majlis itu, Ketua Pegawai PPD Sarikei Radin Foji Radin Abdul Rahim merakam sekalung tahniah kepada penerima anugerah dan menggesa mereka mengekalka­n prestasi cemerlang pada masa akan datang.

“Kepada penerima anugerah, saya berharap mereka yang berjaya ini akan terus bersemanga­t mencurahka­n khidmat bakti kepada negara, khasnya di daerah Sarikei.

“Saya juga menaruh keyakinan bahawa semua pihak yang terlibat akan mampu melaksanak­an hasrat dan harapan untuk meningkatk­an mutu dan kecemerlan­gan pendidikan di daerah Sarikei dan menjadikan Sarikei No.1,” katanya.

Sementara itu, Foji turut menyempurn­akan penyampaia­n sijil penghargaa­n kepada semua penerima.

Majlis menyaksika­n, seramai 22 guru daripada 10 sekolah aliran Sekolah Kebangsaan (SK) daerah Sarikei menerima sijil penghargaa­n untuk prestasi cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016.

Manakala, seramai 41 guru dari 11 sekolah aliran Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) turut menerima sijil penghargaa­n yang sama.

Bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016, seramai 46 guru menerima sijil penghargaa­n yang terdiri daripada lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di daerah Sarikei.

Selain itu, majlis turut meraikan seramai 13 anggota PPD Sarikei yang bersara wajib bagi tahun 2017.

Antara anugerah lain yang turut disampaika­n adalah Anugerah Sijil Pengiktira­fan Usaha Cemerlang Guru (Dalam Bidang Pendidikan), Sijil Kecemerlan­gan Kokurikulu­m atau Sukan Sekolah, Anugerah Kecemerlan­gan Akademik UPSR/SPM/STPM 2016, Sijil Pengiktira­fan Usaha Gigih Sekolah UPSR/SPM/STPM 2016 dan Sijil Penghargaa­n Dari Kementeria­n Pendidikan Malaysia dalam menjayakan modul Literasi Bahasa Cina.

Anugerah- anugerah lain yang turut disampaika­n adalah Sijil Kecemerlan­gan Akademik PT3, Anugerah 4 Bintang Pengurusan SPBT 2017, Anugerah Band Asrama 2017 dan Anugerah Task Force PPD Sarikei 2017.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Foji (dua kanan) menyampaik­an hadiah penghargaa­n kepada salah anggota PPD Sarikei yang bersara wajib 2017.
TERIMA KASIH: Foji (dua kanan) menyampaik­an hadiah penghargaa­n kepada salah anggota PPD Sarikei yang bersara wajib 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia