Utusan Borneo (Sarawak)

KGBS harap agihan tablet percuma guru dilaksana sebelum Jun depan

-

SIBU: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) berharap pengagihan tablet percuma bagi membantu pembelajar­an kepada 430,000 guru di seluruh negara dapat dilaksana sebelum Jun 2018.

Presidenny­a, Ahmad Malie berkata, ini kerana pengagihan tablet terbabit telah lama tertangguh.

“Kita membuat seruan ini bukan kerana guru tidak mampu membeli tablet sendiri, namun kerajaan berjanji dan menyediaka­n peruntukka­n bagi tujuan tersebut untuk guru.

“Oleh itu, kita berharap janji itu dapat dipenuhi dan pengagihan yang menyeluruh,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanath­an memberitah­u Dewan Rakyat ba- hawa pengagihan tablet percuma sebagai alat bantuan pembelajar­an kepada 430,000 guru seluruh negara siap sebelum Jun tahun depan.

P. Kamalanath­an berkata, sejumlah 182,712 unit tablet bernilai RM152 juta telah diagihkan kepada guru-guru di beberapa buah negeri termasuk Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Selangor dan Perak.

Menurut Ahmad lagi, KGBS mengalu-alukan usaha murni Kementeria­n Pendidikan itu dalam usaha meningkat mutu proses pengajaran dan pembelajar­an di sekolah-sekolah di seluruh negara.

“Atas usaha itu, KGBS juga ingin berterima kasih kepada Kementeria­n Pendidikan yang berusaha melengkapk­an guruguru di negara ini dengan tablet sebagaiman­a yang dijanjikan,” tambah beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia