Utusan Borneo (Sarawak)

7,090 kes HFMD dilapor di Sarawak dari 1 Januari hingga 18 November

-

KUCHING: Sebanyak 7,090 kes penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) direkod bagi tempoh 1 Januari hingga 18 November tahun ini di seluruh Sarawak.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim dalam kenyataan akhbar kelmarin, daripada jumlah tersebut 289 kes dirujuk ke hospital.

Namun, katanya tiada kes kematian akibat penyakit itu direkodkan setakat ini.

“Untuk minggu ke- 46 (12 hingga 18 November) jumlah kes HFMD dilapor di Sarawak adalah 27 kes menurun sebanyak enam kes (22 peratus) berbanding dengan minggu sebelumnya 33 kes.

“Satu trend menurun telah dilihat sejak minggu ke-28 (81 kes) iaitu di bawah ambang wabak (Tahap Wabak) 5 tahun kes ( 365 kes),” katanya.

Sehubungan itu, Dr Jamilah menasihatk­an agar semua masyarakat di Sarawak terutama ibu bapa mengambil langkah pencegahan bagi mengelak anak dijangkiti HFMD.

Mengulas lanjut mengenai penyakit itu, beliau mendedahka­n Kuching mencatatka­n jumlah tertinggi iaitu 1,703 kes diikuti Sibu 836 kes, Miri (756), Serian (606), Sri Aman (380), Bintulu (354), Bau (272), Betong (245), Samarahan (185), Sarikei (181), Limbang ( 155), Simunjan (140), Marudi (123), Belaga (118), Mukah (117), Kanowit (107) Kapit (98) Lubok Antu (78), Dalat (75), Song (75), Meradong (74), Saratok (70) dan daerah lain.

Mengenai keadaan kluster HFMD di Sarawak sehingga minggu ke-46, Dr Jamilah berkata, sebanyak 543 kluster dilapor melibatkan 1,322 kes.

Daripada keseluruha­n kluster itu, katanya 474 kluster merupakan kluster keluarga, 46 kluster prasekolah, 20 kluster pusat penjagaan kanak-kanak dan tiga kluster sekolah rendah.

“Dari Januari hingga 26 Ogos 2017, sebanyak 31 taska dan tadika ditutup di negeri ini disebabkan HFMD melibatkan 13 di Kuching, lapan di Miri, tiga di Serian, dua di Samarahan dan satu masing-masing di Simunjan, Sri Aman, Dalat, Mukah dan Bintulu,” katanya.

Justeru, beliau berharap ibu bapa mengambil langkah pencegahan dengan mengamalka­n kebersihan diri dan persekitar­an yang tinggi untuk mengurangk­an risiko jangkitan HFMD.

“Sekiranya anak-anak dijangki HFMD, ibu bapa digalakkan untuk memaklumka­n kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau terus ke Pusat Kesiapsiag­aan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC).

“Orang ramai juga boleh menghubung­i JKNS di talian 082-443248 atau 441780,” ujarnya.

 ??  ?? TAMBAH ILMU: Rombongan pelajar bergambar bersama kakitangan Shell semasa lawatan ke Shell Wells Asia Pacific Learning Hub, SSB di Lutong baru-baru ini.
TAMBAH ILMU: Rombongan pelajar bergambar bersama kakitangan Shell semasa lawatan ke Shell Wells Asia Pacific Learning Hub, SSB di Lutong baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia