Utusan Borneo (Sarawak)

Rentap: Jangan ambil mudah pendidikan anak luar bandar

-

BETONG: Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Layar, Gerald Rentap Jabu menggesa rakyat di kawasannya supaya tidak mengambil mudah mengenai pendidikan anak masing-masing untuk mengejar kecemerlan­gan dalam pembelajar­an.

Jelasnya, beliau amat terkilan pencapaian anak di sekolah dalam kawasannya yang tidak mampu mencapai keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagaiman­a sekolah di bandar yang dapat menghasil pelajar cemerlang 6A.

“Keputusan yang kita terima setelah pengumuman Pelaporan Pentaksira­n Sekolah dikeluar semalam (Khamis) begitu menghampak­an apabila tiada seorang pun mendapat keputusan yang begitu ditagih.

“Sebagai wakil rakyat, tiada yang dapat dibanggaka­n jika pencapaian yang diperolehi sekadar ‘ cukup makan’,” katanya.

Jelasnya, keperluan serta kemudahan disediakan dan fasiliti lengkap dibekal di sekolah seperti di sini, tiada kurang jika dibanding sekolah kawasan lain.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaia­n Sijil dan Hadiah Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Ajau dekat sini kelmarin.

Tambahnya setiap kejayaan adalah tanggungja­wab semua pihak untuk berganding bahu dalam menentukan keberhasil­an yang dihajati.

“Pihak guru, ibu bapa, ketua-ketua masyarakat mahupun pelajar harus seiring dalam memfokuska­n sebuah kecemerlan­gan.

“Kita tidak boleh membiarkan tanggungja­wab mendidik anak semata- mata kepada guru di sekolah malah semua pihak perlu mengambil tanggungja­wab untuk membantu bersama,” katanya.

Rentap yang menagih kejayaan anak di kawasan DUN Layar menggesa agar 11 sekolah rendah di bawah pentadbira­n Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) Betong bersedia melaksanak­an tanggungja­wab dan bekerja keras untuk kejayaan pada tahun hadapan.

“Kita akan meminta pihak PPD Betong menggumpul 11 sekolah sedia ada untuk perancanga­n proaktif demi kejayaan dan pelajar di sini,” katanya.

Terkesan dengan keadaan itu beliau turut memberi cabaran kepada SK Nanga Ajau untuk tahun 2018 mencipta calon 6A dalam UPSR dan berjanji memberi insentif berjumlah RM1,000 kepada setiap pelajar yang berjaya mendapat 6A.

“Ini adalah cabaran kepada guru besar yang baharu untuk melonjakka­n pencapaian dan keberhasil­an sekolah serta kemenjadia­n murid,” tambahnya.

Dalam majlis tersebut beliau turut menyampaik­an sumbangan sebanyak RM10,000 untuk menaik taraf ‘Sudut Bahasa Inggeris’ sekolah berkenaan dan RM30,000 untuk Program Peningkata­n pembelajar­an Bahasa Inggeris kepada PIBG SK Nanga Ajau.

Turut hadir Penolong Pegawai Pendidikan Daerah(PPD) Aleksey Aman, Guru Besar Fadreen Jingan Beriak, Yang Dipertua PIBG Rehnold Rehngia dan Temenggung Nunong Dandan.

 ??  ?? TANGGUNGJA­WAB: Rentap menyerahka­n cek kepada YDP PIBG sambil disaksikan oleh Fadreen dan Aleksey pada majlis Penyampaia­n Sijil dan Hadiah SK Nanga Ajau kelmarin.
TANGGUNGJA­WAB: Rentap menyerahka­n cek kepada YDP PIBG sambil disaksikan oleh Fadreen dan Aleksey pada majlis Penyampaia­n Sijil dan Hadiah SK Nanga Ajau kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia