JKNS lapor penurunan kes denggi di Sarawak
KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) kelmarin melapor penurunan kes denggi pada 1 Januari sehingga 18 November lalu sebanyak 895 berbanding 2,506 kes dalam tempoh sama pada 2016.
Dalam kenyataan akhbar, JKNS mendedahkan terdapat indikasi baik dengan penurunan kes sebanyak 64.3 peratus (1,611 kes) dalam tempoh sama pada 2016.
Sementara itu, bagi kes mingguan ke-46 (21 sehingga 27 Mei), kes demam denggi dilapor seluruh negeri hanya 21 kes berbanding 17 kes minggu sebelumnya menun- jukkan peningkatan empat kes (23.5 peratus).
Terdapat 10 daerah menunjukkan lebih daripada lima kes denggi bermula 1 Januari sehingga 18 November lepas berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya iaitu Betong (24 kes), Bau (20 kes), Serian (18 kes) (14 kes), Lawas (12 kes), Sarikei (10 kes), Pakan (9 kes), Tatau (9 kes), Lundu (8 kes) dan Selangau (6 kes).
Kes kumulatif kematian denggi bermula 1 Januari sehingga 18 November, adalah empat kematian berbanding 7 kematian dalam tempoh yang sama pada 2016.
Orang ramai dinasihati sentiasa berwaspada dan menjaga kebersihan diri dan halaman tempat tinggal bagi mengelakkan berlakunya epidemik denggi.
Bagi mengesan kes denggi pada peringkat awal, bagi sesiapa mempunyai simptom seperti demam, sakit badan, sakit sendi, muntah dan sakit kepala dinasihatkan untuk terus mendapatkan rawatan ke klinik dan hospital berhampiran.
Pengesanan awal dan rawatan boleh menyelamatkan nyawa dan daripada komplikasi demam denggi berlaku.