Utusan Borneo (Sarawak)

50 pelajar Curtin Malaysia adakan lawatan ke Shell Wells Asia Pacific Learning Hub

-

MIRI: Seramai 50 mahasiswa dan mahasiswi yang mengikuti program ijazah sarjana kejurutera­an petroleum Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia) mengadakan lawatan sambil belajar ke Shell Wells Asia Pacific (Integrated Gas) Learning Hub di Ibu Pejabat Sarawak Shell Berhad (SSB) di sini, baru-baru ini.

Lawatan sambil belajar itu dianjurkan oleh Pengerusi Panel Penasihat Industri Kejurutera­an Petroleum Robert Adams Strout dan Ketua Jabatan Kejurutera­an Pe- troleum Curtin Malaysia Dr Hisham Khaled Mahmud.

Shell Wells Asia Pacific Learning Hub merupakan pusat latihan minyak dan gas pertama di rantau Asia pasifik yang mempunyai simulator latihan telaga minyak.

Ia merupakan hab ketiga selepas Houston Centre di Amerika Syarikat dan Rijswijk Centre di Belanda.

Rombongan pelajar dialualuka­n oleh Pengurus Pusat Latihan Shell Wells Reinaldo Hutabarat dan kakitangan pentadbira­n dan teknikal hab tersebut.

Semasa lawatan, para pelajar diberi pendedahan mengenai beberapa aspek penggunaan telaga minyak selepas dan sebelum pengeluara­n dan operasi intervensi selain berpeluang merasai pengalaman sebagai jurutera profesiona­l.

Mereka juga mempelajar­i kerja- kerja penggerudi­an menegak menggunaka­n simulator yang mempunyai sistem kawalan dan simulasi yang sangat canggih.

Sementara itu, Dr Hisham berkata lawatan tersebut amat penting untuk memberi pen- dedahan mengenai komponen penting kepada pelajar yang mengambil kursus kejurutera­an petroleum di Curtin Malaysia, selain memberikan peluang berlatih agar mereka dapat menghubung­kan teori yang dipelajari di kelas dengan aplikasi nyata di tempat kerja sebenar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia