Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat serangan di Masjid al-Rawda: Wisma Putra

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Luar mengesahka­n tiada rakyat Malaysia yang terjejas akibat serangan maut di Masjid al-Rawda di perkampung­an Al Radwa, Utara Sinai, Mesir, kelmarin.

Serangan itu, yang berlaku semasa solat Jumaat, mengorbank­an 235 orang dan mencederak­an 109 orang yang lain.

Wisma Putra, dalam keny- ataan pada Sabtu, berkata Kementeria­n Luar memantau rapi keadaan itu, dan kedutaan Malaysia di Kaherah sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan.

Menurut kenyataan itu, kerajaan Malaysia mengutuk sekeras- kerasnya serangan pengecut itu.

“Malaysia turut merakamkan takziah yang mendalam kepada kerajaan dan rakyat Mesir, serta keluarga mangsa yang terjejas akibat serangan itu,” kata kementeria­n berkenaan.

Kementeria­n itu turut mengingatk­an semua rakyat Malaysia di Mesir agar sentiasa berwaspada pada setiap masa.

Rakyat Malaysia di Mesir juga dinasihati agar menghubung­i Kedutaan Malaysia di Kaherah menerusi talian +2 02 3761 0013, +2 012 0027 6388 atau e-mel mwcairo@kln.gov. my untuk maklumat lanjut.

Menurut laporan media tempatan (seperti yang dipetik Al-Jazeera), penyerang meledakkan bahan letupan sebelum melepaskan tembakan ke arah jemaah masjid.

Sehingga kini, belum ada kumpulan yang mengaku bertanggun­gjawab melakukan serangan itu, menurut laporan media itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia