Utusan Borneo (Sarawak)

Bahasa Melayu perlu jadi bahasa rasmi ASEAN: Rais Yatim

-

BANGKOK: Bahasa Melayu yang ditutur oleh lebih 300 juta orang atau separuh daripada penduduk di rantau Asia Tenggara perlu menjadi bahasa rasmi ASEAN, kata Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia Tan Sri Dr Rais Yatim semalam.

Menurutnya, bahasa Melayu perlu digunakan sebagai bahasa diplomatik dan komunikasi rasmi oleh anggota-anggota ASEAN, selari dengan kedudukann­ya sebagai bahasa induk di rantau Asia Tenggara.

“Bahasa induk di wilayah Asia Tenggara ini adalah bahasa Melayu tetapi sayangnya bahasa Melayu tidak diletakkan di tempatnya, yakni tidak digunakan sebagai bahasa diplomatik dan komunikasi rasmi pada majlis dan acara rasmi ASEAN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaik­an ucaptama pada Forum ‘Pertemuan Dunia Melayu 2017’ anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Thailand di sini semalam.

Rais berkata, pemimpin ASEAN yang menggunaka­n bahasa Melayu perlu memainkan peranan dengan mengangkat agenda bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi iaitu diperingka­t serantau.

Menurutnya, usaha memperkasa bahasa Melayu di peringkat serantau juga selaras dengan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar bahasa Melayu dijadikan bahasa ASEAN pada tahun 2050. — Bernama IPOH: Kempen ‘No Gadget Hour’ oleh Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) di Perak bertujuan memastikan ibu bapa menggunaka­n masa seharian dengan lebih berkualiti bersama anak-anak berbanding mengutamak­an penggunaan gajet.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Rusnah Kassim berkata kempen berkenaan bertujuan mengukuhka­n lagi hubungan dan interaksi di antara ibu bapa dan anak-anak serta ahli keluarga.

“Perkembang­an teknologi media sosial hari ini menunjukka­n bahawa masalah gejala, keruntuhan moral dalam kalangan anggota keluarga dan anak-anak menjadi semakin kompleks.

“Jangan disebabkan penggunaan telefon pintar atau gajet, keluarga boleh jadi kacau- bilau, suami isteri bergaduh atau bercerai, anakanak terabai malah lebih buruk apabila anak-anak terjerumus dengan pelbagai aktiviti tidak sihat dan jenayah,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia 2017 peringkat negeri Perak, di sini semalam.

Sehubungan itu, Rusnah menyeru ibu bapa supaya meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak dengan mengehadka­n atau tidak menggunaka­n gajet semasa bersama ahli keluarga.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LPPKN Abdul Shukor Abdullah berkata kempen ‘No Gadget Hour’ memfokuska­n kepada nilai-nilai masyarakat dari segi sikap, tingkah laku, corak berfikir dan norma dalam amalan seharian untuk mengekalka­n kebahagiaa­n serta keharmonia­n dalam institusi keluarga. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia