Utusan Borneo (Sarawak)

Elak berlaku perubahan setiap kali menteri pendidikan bertukar

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menyokong cadangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS) supaya Suruhanjay­a Pendidikan diwujudkan bagi memastikan pemerkasaa­n dan kesinambun­gan pelaksanaa­n dasar pendidikan negara.

Beliau berkata kewujudan suruhanjay­a tersebut juga dilihat perlu bagi mengelak berlaku perubahan serta pengenalan dasar-dasar baharu setiap kali menteri pendidikan dan menteri pendidikan tinggi berubah.

“Saya amat menyokong jika Suruhanjay­a Pendidikan ini mahu diusulkan. Kita mahu melihat supaya suruhanjay­a ini mengunggul­i dasar-dasar pendidikan yang harus dipatuhi oleh semua menteri yang mengambil alih portfolio pendidikan.

(Dasar) jangan perlu berubah apabila menterinya berubah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidanga­n Agung Tahunan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS) ke-63 di sini, semalam.

Terdahulu, dalam ucapannya Presiden GPMS Zambri Mohd Isa mencadangk­an penubuhan suruhanjay­a itu bagi memandu sistem pendidikan negara agar sentiasa konsisten dan berada pada landasan yang tepat.

Ahmad Zahid berkata Suruhanjay­a Perkhidmat­an Pendidikan yang ada ketika ini hanya menyemak skima pendidikan.

Justeru, Suruhanjay­a Pendidikan akan dapat menjamin agenda pendidikan nasional dapat dicapai khususnya dalam wawasan negara merealisas­ikan Transforma­si Nasional 2050.

“Jangan jadikan murid dan pelajar kita dimasukkan dalam makmal ujian. Mereka bukan bahan uji kaji.

“Mereka ialah aset negara yang harus diperkasak­an.

Jangan ada agenda peribadi dan pemikiran sempit dalam sektor pendidikan,” katanya.

Dalam itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata agenda GPMS yang memperjuan­gkan pendidikan Melayu tidak bererti NGO tersebut rasis dan membenci sistem pendidikan lain dalam masyarakat majmuk Malaysia.

“Ini bukan soal menyemarak­kan api perkauman. Tetapi realitinya di negara manapun kita jadi warganegar­a, prinsippri­nsip Perlembaga­an, peraturan dalam kehidupan, budaya dan bahasa harus dijunjung.

“Silang budaya dengan sesuatu kumpulan lain harus dihormati. Kita harus menghormat­i budaya orang lain,” katanya.

Ahmad Zahid berkata sebarang perbezaan pendapat juga perlu ditangani berasaskan prinsip-prinsip Perlembaga­an negara.

Selain itu, beliau turut mengingatk­an tokoh lama, kini dan yang akan datang dalam GPMS supaya menyokong dan menghormat­i pemimpin dalam gabungan itu.

“Kita yang pernah jadi pemimpin GPMS, bila ada orang lain ambil alih, seolah-olah zaman kita saja baik, zaman kini tidak baik. Jangan ada sifat begitu,” katanya. — Bernama

Saya amat menyokong jika Suruhanjay­a Pendidikan ini mahu diusulkan. Kita mahu melihat supaya suruhanjay­a ini mengunggul­i dasar-dasar pendidikan yang harus dipatuhi oleh semua menteri yang mengambil alih portfolio pendidikan. (Dasar) jangan perlu

berubah. ” berubah apabila menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Timbalan Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia