Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia bawa isu ancaman keganasan di ASEAN pada mesyuarat IMCTC

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Luar sedang memantau dengan teliti situasi susulan insiden suasana panik di Oxford Streets dan stesen kereta api bawah tanah Oxford Circus berikutan pelbagai laporan mengenai tembakan dilepaskan di sana pada Jumaat (24 Nov).

Dalam satu kenyataan semalam, Kementeria­n Luar berkata pada petang (Jumaat), polis London melaporkan bahawa mereka tidak menemukan buktii tembakan dilepaskan atau mana-mana suspek dan keadaan telah kembali pulih.

Kira-kira sembilan orang dilaporkan cedera. Setakat ini, tiada laporan rakyat Malaysia terlibat dalam insiden panik itu. Rakyat Malaysia dinasihatk­an supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan,” kata kenyataan itu.

Kementeria­n berkata, Suruhanjay­a Tinggi Malaysia di London sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatran dan kini memberi maklumat terkini kepada masyarakat Malaysia.

Jika berlaku kecemasan atau untuk maklumat lanjut, mereka boleh menghubung­i Suruhanjay­a Tinggi Malaysia di London seperti berikut: Suruhanjay­a Tinggi Malaysia, London Alamat Sementara: 52 Bedford Row, London WC1R 4LR Tel.: + 44 (0) 207 242 4308 E-mail: mwlondon.kln@1govuc.gov. my. — Bernama KLUANG: Malaysia akan membangkit­kan isu dan usaha menangani ancaman keganasan di rantau ASEAN pada mesyuarat pertama Majlis Menteri-Menteri Pertahanan Pakatan Ketenteraa­n Islam Memerangi Keganasan (IMCTC) di Riyadh, Arab Saudi, hari ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata kerjasama ASEAN dalam mengekang aktiviti militan seperti Daesh termasuk rondaan trilateral maritim dan udara antara Malaysia, Indonesia dan Filipina perlu dibentangk­an supaya anggota IMCTC yang membabitka­n 41 negara mengetahui tindakan ASEAN.

“Saya akan bawa apa yang menular di rantau kita.

Apa yang berlaku (pertempura­n tentera Filipina dengan penyokong Daesh) di bandar Marawi, Filipina, mesti dibawa ke sana (IMCTC) kerana buat pertama kali kita tengok bendera Daesh atau IS dikibarkan di rantau ASEAN,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n program bootcamp e-rezeki dan e-usahawan Parlimen Sembrong di sini, semalam.

Hishammudd­in yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas berkata beberapa perkara yang dibincangk­an dengan Presiden Indonesia Joko Widodo dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah beberapa hari lepas juga akan dibentangk­an pada mesyuarat itu bagi menunjukka­n kerjasama ASEAN menangani keganasan.

Katanya negara- negara di rantau lain perlu mengetahui apa yang berlaku di ASEAN supaya mereka dapat memberikan sokongan terhadap usaha menangani ancaman keganasan sekali gus berkongsi pengalaman dalam menghadapi ekstremism­e.

Hishammudd­in berkata kebimbanga­n Malaysia terhadap ancaman keganasan sudah ditekankan sejak lama malah beliau juga sudah menjelajah ke seluruh 10 negara anggota ASEAN sejak empat tahun lepas bagi melakukan tindakan bersama dalam menangani ancaman tersebut. “Trilateral rondaan maritim dan udara bersama Malaysia, Filipina dan Indonesia sudah dilancarka­n.

Ini membuktika­n apa yang kita cakap ini bukan cakap- cakap kosong.

Kita mahu ASEAN bersepakat,” katanya.

Mesyuarat IMCTC dijadual dirasmikan Putera Mahkota merangkap Menteri Pertahanan Kerajaan Arab Saudi Putera Mohammed Salman Al-Saud yang akan menyampaik­an ucaptama terhadap empat bidang iaitu ideologi, komunikasi, pembiayaan memerangi keganasan dan ketenteraa­n bagi memerangi kumpulan pengganas.

Berhubung serangan keganasan terhadap sebuah masjid di Mesir yang mengorbank­an 235 jemaah pada Jumaat, Hishammudd­in berkata semua pihak perlu memahami tiada negara terkecuali daripada pengganas dan sehubungan itu semua pihak perlu mengambil tindakan proaktif dan bersama bagi menanganin­ya.

“Kita kena beritahu rakyat supaya jangan ambil mudah dan jangan ingat keharmonia­n itu datang bergolek dan melayang.

Ia juga berkat kesatuan dan perpaduan antara Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan pihak berkuasa lain,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia