Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga wartawan Bernama menyerlah pada Anugerah Media KKLW

-

KUALA LUMPUR: Tiga wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia ( Bernama) menyerlah pada majlis Anugerah Media Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di sini, malam kelmarin.

Wartawan Kurniawati Kamarudin merangkul anugerah kategori Media Cetak dan Portal Berita Dalam Talian (Berita dan Rencana) menerusi laporan bertajuk ‘Pulau Banggi Tidak Akan Terpinggir Lagi’ manakala Sakini Mohd Said di tempat kedua kategori tersebut dengan laporan bertajuk ‘Anyaman Buluh ‘Salingkawa­ng’ Keunikan Kraf Sabah’.

Tempat ketiga dimenangi oleh wartawan The Star, Jessie Lim Yu Min dengan laporan bertajuk ‘Eye On Rural Developmen­t’.

Bernama turut merangkul anugerah sagu hati menerusi kategori Elektronik Penyiaran Radio yang dimenangi wartawan Nurliyana Farhah Ruslan menerusi laporan bertajuk ‘Felcra Bantu Naik Taraf Sosioekono­mi Pulau Banggi’.

Kategori lain yang dipertandi­ngkan ialah Anugerah Media Elektronik Penyiaran TV yang dimenangi wartawan TV3, Nurul Huda Abd Azi dan Norsham Mohd Noor menerusi laporan bertajuk ‘Kemelut Orang Asli Gua Musang’.

Tempat kedua dan ketiga dimenangi wartawan RTM, Farhana Nabillah Zakaria dengan laporan bertajuk ‘SPM2017 Fiesta Food Viral’ dan Noor Julizan Mohd Zain dan Mohamad Azree Zubir menerusi laporan bertajuk ‘Kelab Usahawan RISDA’.

Menteri KKLW, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an hadiah wang tunai, trofi dan sijil perhargaan kepada para pemenang.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ismail Sabri mengumumka­n bahawa kementeria­nnya akan menyediaka­n kuota khas kepada lima pengamal media untuk melanjutka­n pengajian peringkat pascasiswa­zah menerusi Bajet 2018.

“Pengumuman ini adalah sebagai tanda penghargaa­n kepada pengamal media yang sentiasa membantu kementeria­n dalam menjalanka­n tanggungja­wab kepada rakyat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENYERLAH: Ismail Sabri (lima kiri) bergambar bersama para pemenang anugerah khas media KKLW 2017 dan para Ketua Pengarang media dari pelbagai akhbar tempatan pada Majlis Malam Media Kementeria­n Kemajuan Luar Wilayah 2017 di Kuala Lumpur, kelmarin....
— Gambar Bernama MENYERLAH: Ismail Sabri (lima kiri) bergambar bersama para pemenang anugerah khas media KKLW 2017 dan para Ketua Pengarang media dari pelbagai akhbar tempatan pada Majlis Malam Media Kementeria­n Kemajuan Luar Wilayah 2017 di Kuala Lumpur, kelmarin....
 ?? — Gamabr Bernama ?? APA KHABAR?: Ismail Sabri (kiri) beramah mesra dengan para pengamal media.
— Gamabr Bernama APA KHABAR?: Ismail Sabri (kiri) beramah mesra dengan para pengamal media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia