Utusan Borneo (Sarawak)

Mourinho telah memberi analisis ‘jujur’ mengenai persembaha­n Mkhitaryan

-

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho memberikan analisis ‘ jujur’ tentang prestasi menurun pemain tengahnya, Henrikh Mkhitaryan ketika menjelas kenapa pemain itu digugurkan dari skuad baru-baru

ini. Pemain antarabang­sa Armenia itu dijangka akan diturunkan semula pada perlawanan Liga Perdana menentang Brighton selepas tidak berada dalam skuad bermain untuk dua perlawanan terakhir. Kali terakhir Mkhitaryan berada dalam kesebelasa­n utama United, beliau mempamerka­n aksi hambar ketika tewas kepada Chelsea pada awal bulan dan Mourinho menjelaska­n, ia adalah kesabaran terakhir untuk beliau.

“Saya tidak gembira dengan prestasi terakhir beliau,” kata Mourinho.

“Dan saya tidak bercakap tentang satu atau dua, saya bercakap tentang tiga, empat atau lima. Beliau memulakan musim dengan sangat baik dan selepas itu, prestasi beliau hilang dari satu perlawanan ke satu perlawanan lain.

“Tahap prestasi beliau – dari segi jaringan gol, umpanan gol, membantu serangan, menerima bola, bermain secara berpasukan sebagai pemain nombor 10 – menurun setiap perlawanan.

“Dan ada ketikanya, kesabaran tidak lagi memadai. Pemain lain, mereka bekerja untuk satu peluang. Setiap orang berusaha untuk satu peluang, jadi ia mudah.”

Mkhitaryan mengharung­i tempoh sukar di Old Trafford sejak tiga dengan yuran perpindaha­n 26 juta pound dari Borussia Dortmund pada 2016.

Beliau mendapati dirinya digugurkan dari kesebelasa­n utama selama lebih dua bulan di awal musim selepas aksi hambar ketika tewas 1-2 kepada Manchester City.

Tetapi beliau kelihatan memenangi hati Mourinho dengan beberapa aksi memberangs­angkan ketika United memenangi Liga Europa dan layak beraksi dalam Liga Juara-Juara.

Mkhitaryan bukan satusatu pemain tengah yang mendapat kritikan dari Mourinho, dengan Juan Mata, Anthony Martial, Jesse Lingard dan beberapa pemain juga pernah digugurkan kerana kehilangan prestasi.

Dan Mourinho percaya bahawa walaupun ketinggala­n hanya di belakang City dari carta gol, pemainnya tidak menjaringk­an banyak gol dengan Martial menjadi contoh utama pemain yang bangkit dengan baik selepas digugurkan.

“Pasukan yang menggembir­akan saya ialah pasukan, selepas lima pertukaran, mencipta kemenangan 40,” kata beliau. “Ia adalah pasukan yang menggembir­akan saya.

“Saya fikir kami mempunyai satu peningkata­n dengan Martial, menjaringk­an lebih gol berbanding musim lepas dan kerana itu beliau bermain lebih kerap.”

Akhirnya, Mourinho juga percaya bahawa kekurangan kecederaan skuadnya dan saingan sengit untuk kesebelasa­n utama adalah berita baik walaupun jika ia bermakna beliau akan berdepan persoalan tentang pemain yang digugurkan. — AFP

Saya tidak gembira dengan prestasi terakhir beliau. Jose Mourinho Pengurus Manchester United

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia