Utusan Borneo (Sarawak)

Guardiola kagum dengan permulaan cemerlang Sterling

-

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui beliau terkejut dengan permulaan cemerlang Raheem Sterling musim ini.

Penyerang antarabang­sa England itu menjaringk­an gol kemenangan City dalam aksi Liga Juara- Juara ketiak menewaskan Feyenoord 10, menjadikan ia gol ke- 11 beliau musim ini dan menyamai gol paling banyak yang pernah dijaringka­n dalam keseluruha­n musim.

Beliau akhirnya menunjukka­n potensi yang telah meyakinkan City untuk membayar Liverpool sekitar 50 juta pound, menyebabka­n rakan penyerang, Sergio Aguero dan Gabriel Jesus bukan lagi pemain kesebelasa­n utama musim ini.

Dan prestasi beliau malah mengejutka­n Guardiola.

“Ya, tetapi ia bagus,” kata Guardiola apabila ditanya jika rekod Sterling mengejutka­n beliau Jumaat lepas.

“Sergio tidak bermain semua perlawanan, begitu juga Gabriel. Kebiasaann­ya kedua- dua atau salah seorang dari mereka bermain dengan baik. Ia bagus di mana pemain tahu beliau boleh menjaringk­an gol seperti ketika menentang Feyenoord.

“Kami mempunyai ramai pemain yang boleh menjaringk­an gol dan ia adalah bagus. Anda tidak dapat menang dengan hanya satu atau dua pemain menjaring- kan gol. Kami mempunyai penjaring dari bahagian saya, dari tendangan percuma Kevin ( De Bruyne), Nico ( Otamendi) – jadi ia sangat penting.”

Guardiola juga berasa lega kerana tindakan susulan diambil ke atas Sterling apabila memperoleh­i tendangan penalti penting ketika menentang Arsenal dalam aksi Liga Perdana sebelum ini.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menuduh Sterling sengaja merebahkan diri untuk mendapatka­n tendangan penalti walaupun City berang dengan tuduhan itu dan Persatuan Bola Sepak ( FA) Inggeris tidak mempunyai asas untuk mengambil tindakan ke atas beliau mengikut p e r a t u - ran bah a r u . — AFP

 ??  ?? STERLING
STERLING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia