Utusan Borneo (Sarawak)

Moyes kutip mata pertama untuk West Ham

-

LONDON, England: Arsene Wenger percaya kebangkita­n Mesut Ozil baru- baru ini adalah kerana peningkata­n tahap kecergasan perancang Arsenal itu.

Ozil beraksi cemerlang ketika Arsenal menewaskan Tottenham Hotspur minggu lepas dan sekali lagi akan memainkan peranan penting ketika Arsenal cuba meneruskan rentak apabila bertandang ke Burnley hari ini.

Pemain antarabang­sa Jerman yang berada pada tahun terakhir kontrak di Stadium Emirates, sekali gus membolehka­n beliau merancang satu perpindaha­n pada bulan Januari tanpa yuran perpindaha­n, dikritik teruk di awal musim selepas aksi hambar.

Tetapi peningkata­n prestasi beliau baru-baru ini telah menampakka­n kualiti beliau dan Wenger mendedahka­n ia adalah kerana usaha pemain semasa sesi latihan.

“Mesut bekerja-keras dan beliau sememangny­a sangat cergas ketika ini dan kerana itu kenapa anda dapat melihat kualitinya,” kata Wenger ketika memberitah­u laman sesawang rasmi kelab.

“Kualiti dari aspek teknikal beliau sentiasa ada tetapi beliau sudah menambahny­a dengan keazaman dan kesungguha­n dan ia adalah apa yang anda mahukan dari beliau.”

Wenger menambah: “Bola sepak hari ini sangat menuntut aspek mental dan fizikal yang tinggi dan Mesut adalah pemain lebih baik dari aspek itu sebelum ini.

“Setiap pemain mahu menjadi bintang dan apabila mereka tidak melakukann­ya, mereka benar-benar kecewa tetapi cara terbaik untuk mencapainy­a ialah bekerja-keras dan menunjukka­n kualiti prestasi yang orang jangkakan dari anda.”

Kemenangan ke atas Spurs hujung minggu lepas membolehka­n Arsenal naik ke tangga keenam, satu mata di belakang Spurs dengan kelebihan gol meletakkan Arsenal di hadapan Burnley.

Wenger juga kagum dengan Burnley, yang dibimbing Sean Dyche musim ini dan menyedari ujian yang bakal dihadapi pasukannya.

“Mereka adalah p a s u k a n y a n g mengejutka­n musim ini kerana sebelum musim, jika anda bertanya 100 orang jika Burnley

a k a n mengumpul 22 mata di peringkat ini, 90 orang akan berkata tidak – dan 10 yang lain pastinya penyokong setia Burnley,” kata beliau.

“Mereka telah menang dengan 25 atau 30 peratus penguasaan bola, ia bermakna mereka bermain dengan tenang, mereka tahu apa yang mereka lakukan dan mereka bermain dengan sabar,” tambah Wenger. “Mereka boleh mengejutka­n anda bila-bila masa.”

Wenger akan menurunkan kembali kesebelasa­n utama selepas melakukan pertukaran keseluruha­n skuad untuk perlawanan Liga Europa ketika tewas di FC Koln tetapi masih tetap meneruskan kemaraan ke pusingan 32 akhir kejohanan selaku juara kumpulan.

Danny Welbeck akan kembali ke bangku simpanan selepas bermain 45 minit menentang Koln tetapi Theo Walcott tidak akan beraksi kerana tidak sihat sementara Santi Cazorla masih merawati kecederaan jangka panjang.

Burnley akan dapat menurunkan penjaring gol terbanyakn­ya, Chris Woods selepas tidak beraksi menentang Swansea City.

Wood kembali lewat dari skuad kebangsaan New Zealand kerana kecederaan hamstring tetapi sejak itu beliau sudah menjalani latihan penuh.

Dyche tidak mempunyai masalah kecederaan lain walaupun penjaga gol Tom Heaton masih merawati kecederaan bahu.

Dean Marney dan Jonathan Walters juga sudah kembali dari kecederaan dan menjalani latihan tetapi terlalu awal untuk diturunkan setakat

ini. — AFP LONDON, England: Pengurus West Ham United, David Moyes, mengutip mata pertama beliau sejak membimbing kelab tercorot Liga Perdana Inggeris itu ketika seri 1- 1 dengan Leicester City di tempat sendiri dalam aksi Liga Perdana Inggeris Jumaat lepas.

West Ham ketinggala­n awal pada perlawanan di Stadium London apabila Marc Albrighton menjaringk­an gol pembukaan buat Leicester tetapi Cheikhou Kouyate mengikat kedudukan beberapa saat sebelum rehat.

Kedua- dua pasukan bagaimanap­un gagal menjaringk­an gol kemenangan selepas rehat.

Namun satu mata masih mengekalka­n West Ham dalam zon penyingkir­an tetapi perbezaan gol memisahkan pasukan itu dengan pasukan di luar zon penyingkir­an sebelum jadual perlawanan lain hujung minggu.

Tetapi satu mata itu membantu mengembali­kan per- hubungan di antara kelab dan penyokong, yang menghentam lembaga pengarah kelab dan pemain ekoran kekalahan di Watford.

“Ia adalah satu permulaan untuk kami malam ini,” kata Moyes ketika memberitah­u penyiaran Sky Sports. “Penyokong cukup hebat selepas semua perkara negatif yang kami dengar, ia adalah sebaliknya.”

“Apabila anda datang me- nentang West Ham sejak bertahun-tahun, ia adalah tempat yang sukar dengan sokongan padu penonton malam ini,” tambah Moyes. “Mereka memberikan sokongan kepada pemain dan pemain juga membalas.

“Pemain menetapkan mutu hari ini tetapi ia hanya keputusan seri untuk kami namun kami perlu terus mengekalka­n rentak jika mahu mendapatka­n lebih dari keputusan seri.”

Sementara itu, Albrighton menjelaska­n Leicester berasa gembira dengan keputusan seri yang menyaksika­n mereka naik ke tangga ke-11 dan berkata: “Kami boleh berasa gembira pulang dengan satu mata. Kami tahu ia satu perlawanan yang sukar dan satu mata adalah keputusan adil.”

Penyokong West Ham boleh dimaafkan apabila memikirkan mereka akan mengharung­i kekecewaan yang sama apabila Leicester mendahului seawal minit per- tama dari serangan pertama mereka.

Pemain tengah Leicester, Wilfred Ndidi mendapat bola dari tengah padang dan mengumpan kepada penyerang Jamie Vardy, yang kemudian melorong kepada Albrighton untuk merembat ke pintu gol.

Leicester mempunyai ruang di benteng pertahanan West Ham dengan Riyad Mahrez sentiasa mengucar-kacirkan pertahanan West Ham tetapi penyudah tumpul menghalang mereka menambah jaringan.

West Ham mula mengimbang­i permainan dan menguji penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel pada minit ke26 dengan satu tendangan Ogbonna dari tendangan percuma Manuel Lanzini.

Ketika Leicester bersedia untuk kembali ke bilik persalinan dengan pendahulua­n 1-0, Kouyate menanduk satu tendangan sudut Lanzini untuk mengikat kedudukan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? LIBASAN DI UDARA: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara West Ham dan Leicester City di Stadium The London.
— Gambar AFP LIBASAN DI UDARA: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara West Ham dan Leicester City di Stadium The London.
 ??  ?? OZIL
OZIL
 ??  ?? MOYES
MOYES
 ??  ?? WENGER
WENGER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia