Utusan Borneo (Sarawak)

Emery puas hati dengan prestasi Mbappe

-

PARIS, Perancis: Jurulatih Paris Saint Germain (PSG), Unai Emery berpuas hati dengan prestasi Kylian Mbappe di kelabnya ketika pemain remaja itu membuat persediaan untuk perlawanan menentang bekas kelabnya, Monaco dalam aksi Ligue 1 Perancis hari ini.

“Ia pastinya menarik untuk beliau kembali ke Monaco. Beliau gembira dengan sumbangann­ya bersama Monaco dan begitu juga Monaco dan juga keuntungan dari perpindaha­nnya (ke PSG),” kata Emery.

“Ahad ini pastinya istimewa untuk beliau tetapi beliau memberikan sepenuh fokus kepada PSG.”

Mbappe, yang mencecah usia 19 tahun bulan hadapan, berpindah ke PSG untuk kontrak pinjaman pada bulan Ogos lalu sebelum perpindaha­n tetap musim hadapan dengan yuran sekitar 180 juta euro.

Beliau menjaringk­an empat gol dalam liga setakat ini dan turut beraksi dengan memberangs­angkan dalam Liga Juara-Juara selain turut menjaringk­an gol ketika membelasah Celtic 7-1.

Tetapi beliau jelas dibayangi aksi cemerlang Edinson Cavani, yang sudah menjaringk­an 21 gol dalam semua pertanding­an selain perhatian diberikan kepada pemain termahal dunia, Neymar.

“Tahun ini, beliau menentang banyak pasukan yang bermain secara bertahan. Beliau tidak mempunyai banyak ruang. Beliau perlu belajar untuk bermain dalam ruang yang sempit untuk mencari peluang tetapi beliau bermain dan berkem- bang dengan baik,” tambah Emery.

PSG bertandang ke Monaco dengan rekod masih belum tewas musim ini dan dengan peluang menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan sembilan mata berbanding Monaco, yang berada di tangga kedua.

Ketika PSG berada dalam prestasi yang baik, Monaco mahu bangkit selepas tewas 1-4 kepada RB Leipzig dalam Liga Juara- Juara, sekali gus menyaksika­n mereka tersingkir dari kejohanan di Eropah. — AFP

 ??  ?? MBAPPE
MBAPPE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia