Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain itu berjaya mengikat kedudukan 1-1 buat negaranya selepas menumpaska­n Darcis

-

LILLE, Perancis: Jo- Wilfried Tsonga mengikat kedudukan 1-1 buat Perancis di final Piala Davis dengan kemenangan tiga set ke atas Steve Darcis dari Belgium di sini Jumaat lepas.

David Goffin mengutip mata pertama Belgium apabila menewaskan Lucas Pouille pada perlawanan di Stade PierreMaur­oy.

Tetapi Tsonga, pemain ranking ke- 15 dunia, mencipta kemenangan 6-3, 6-2 dan 6-1 ke atas Darcis, pemain ranking ke-76 dunia untuk mengembali­kan harapan Perancis untuk memenangi kejuaraan pertama mereka sejak 2001.

Pemain nombor satu Perancis itu, yang tewas di final menentang Switzerlan­d di gelanggang yang sama pada 2014, mengambil masa satu jam dan 46 minit untuk menewaskan Darcis pada pertemuan pertama kedua-dua pemain.

Darcis memberikan saingan yang kuat di awal setiap set sebelum Tsonga berjaya menguasai permainan.

“Selepas perlawanan pertama, tugas saya ialah untuk mengembali­kan kedudukan 1-1, tidak kira apa jua atau bagaimana saya lakukan.

“Sama ada ia memihak kepada kami atau Belgium, usaha untuk SENYUM LEBAR: Tsonga memberikan reaksinya selepas memenangi perlawanan menentang Darcis dari Belgium di Stadium The Pierre Mauroy di Lille. membawa kembali kejuaraan ke Perancis adalah apa yang paling penting. Jika saya terpaksa menolak bola dengan gigi, saya akan melakukann­ya!”

Darcis, yang dikenali “Encik Piala Davis” oleh penyokong selepas lima perlawanan dan lima kemenangan dalam pertanding­an ini, mengakui beliau tewas kepada pemain yang lebih bagus.

“Saya berdepan pemain yang lebih baik berbanding saya hari ini. Idea saya ialah untuk menunjukka­n gaya permainan saya dan menghalang beliau dari bermain tetapi ia tidak berlaku.”

Kemenangan Tsonga mengimbang­i peluang Perancis menjelang perlawanan bergu dengan kapten pasukan, Yannick Noah masih berfikir sama ada mahu mengekalka­n gandingan bergu Richard Gasquet dan Pierre-Hugues Herbert atau memasukkan Tsonga sebagai salah seorang pemain bergu.

Noah berkata keputusan 1-1 adalah “masuk akal”.

“Dua perlawanan hampir sama, ada ketegangan di antara kedua-dua pasukan. Di antara David dan Lucas ada ketika permainan kelihatan seimbang tetapi selepas David menjarakka­n kedudukan, tiada banyak saingan selepas itu. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? DETIK MANIS: Messi bergambar dengan trofi Kasut Emas Eropah yang dimenangin­ya di Barcelona.
— Gambar Reuters DETIK MANIS: Messi bergambar dengan trofi Kasut Emas Eropah yang dimenangin­ya di Barcelona.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia