Utusan Borneo (Sarawak)

Meradong, Miri juara Kejohanan Bola Tampar Remaja Negeri B14 dan B16

-

SIBU: Pasukan bola tampar lelaki Meradong dan pasukan perempuan Miri berjaya menunjukka­n prestasi cemerlang pada Kejohanan Bola Tampar Remaja Peringkat Negeri Bawah 14 dan 16 Tahun di Stadium Tertutup Persatuan Bola Tampar Sibu, malam kelmarin.

Pasukan lelaki Meradong dan perempuan Miri masing-masing berjaya menjuarai kedua- dua kategori yang dipertandi­ngkan, sekali gus muncul juara keseluruha­n.

Kemenangan itu amat bermakna buat pasukan Meradong memandangk­an kali terakhir mereka menjuarai kedua-dua kategori hampir sepuluh tahun lepas.

Sejak itu, pasukan Meradong yang pernah menjadi kuasa sukan bola tampar menunjukka­n prestasi yang kurang memuaskan.

Namun, sejak tampuk kepimpinan Persatuan Bola Tampar Meradong bertukar, pasukan Meradong telah berjaya menunjukka­n peningkata­n sejak kebelakang­an ini.

Bagi pasukan perempuan Miri pula, mereka telah berjaya mempertaha­nkan kejuaraan untuk empat tahun berturut-turut bermula tahun 2014. Beberapa pemain kedua-dua pasukan juga telah dipilih mewakili Sarawak pada Kejohanan Bola Tampar Milo Kebangsaan Ke-17 Bawah 14 dan 16 Tahun di Kuala Lumpur pada 29 November dan 11 Disember ini.

Presiden Persatuan Bola Tampar Sarawak (SAVA) Temenggung Datuk Vincent Lau ketika berucap pada majlis penutupan kejohanan mengingatk­an pemain agar bermain bersungguh- sungguh bagi menjuarai kejohanan.

“Pasukan Sarawak selama ini dikenali sebagai kuasa sukan bola tampar dan kita berharap akan terus menjadi juara dalam sukan ini,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis penutupan ialah Presiden Persatuan Bola Tampar Sibu Dr William Ting, Timbalanny­a Gregory Hii dan Pengerusi Persatuan Bola Tampar Sibu, Dato Moh Wung Ming.

 ??  ?? JUARA: Gregory Hii (berdiri kiri) menyampaik­an piala kejohanan kepada pengurus pasukan Miri sambil diperhatik­an oleh Lau (tiga kanan) serta yang lain.
JUARA: Gregory Hii (berdiri kiri) menyampaik­an piala kejohanan kepada pengurus pasukan Miri sambil diperhatik­an oleh Lau (tiga kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia