Utusan Borneo (Sarawak)

Kejohanan Tarik Tali Terbuka Peringkat Antarabang­sa diperkenal tahun depan

-

LIMBANG: Kejohanan Tarik Tali Terbuka Peringkat Antarabang­sa akan diperkenal pada penganjura­n edisi ke-12 tahun depan.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, kejohanan itu akan dinaik taraf ke peringkat antarabang­sa dalam usaha menarik penyertaan negara luar, selain wilayah di Kepulauan Borneo.

Beliau berkata, kejohanan itu yang memasuki edisi ke-11 tahun ini mengalami evolusi dari segi penganjura­n yang dahulunya bertaraf daerah, se-Borneo dan ter- buka peringkat kebangsaan tahun ini.

“Kejohanan Tarik Tali Kebangsaaa­n terus mengalami evolusi dengan menjadikan kejohanan ini sebagai Kejohanan Tarik Tali Peringkat Antarabang­sa 2018,” katanya pada perasmian Kejohanan Tarik Tali Terbuka Awam Kebangsaan 2017 bagi merebut Piala Ketua Menteri Sarawak di Kompeks Sukan Limbang semalam.

Sebanyak 24 pasukan dari wilayah Kepulauan Borneo termasuk sebuah pasukan dari Selangor dan empat pasukan dari Brunei menyertai kejohanan yang dianjurkan bersama Pejabat Residen Bahagian Limbang, PTTBL dan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang.

Dr Abdul Rahman yang juga ADUN Bukit Kota berkata, bagi tujuan itu ganjaran berupa wang tunai yang ditawarkan pada penganjura­n kejohanan peringkat antarabang­sa akan dinaikkan sebanyak RM15,000 berbanding hanya RM10,000 yang ditawarkan sekarang.

Katanya, sukan tarik tali (kalat) menjadi ikon Limbang kerana mendapat penyertaan menggalakk­an daripada wilayah Kepulauan Borneo membabitka­n Sabah, Sarawak, Labuan dan Brunei Darussalam.

Oleh itu, katanya, penganjura­n kejohanan itu secara konsisten mampu memperkena­lkan Limbang sebagai destinasi sukan tarik tali sekali gus menarik kedatangan pengunjung.

Jelasnya, penganjura­n kejohanan itu secara konsisten menjadikan­nya satu lagi acara yang telah dimasukkan dalam Kalendar Pelanconga­n Sarawak untuk diadakan pada minggu ketiga bulan November setiap tahun.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Dr Abdul Rahman (tujuh kiri) menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada pasukan Selangor, disaksikan pasukan Sabah.
TERIMA KASIH: Dr Abdul Rahman (tujuh kiri) menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada pasukan Selangor, disaksikan pasukan Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia