Utusan Borneo (Sarawak)

Kejohanan Badminton Sarawak Energy kembali

-

KUCHING: Kejohanan Badminton Sarawak Energy kembali semula tahun ini dengan menawarkan lebih daripada RM20,000 hadiah untuk dimenangi.

Kejohanan tersebut iaitu inisiatif pihak Sarawak Energy Berhad dengan kolaborati­f Swinburne University of Technology Sarawak akan berlangsun­g selama seminggu mulai 26 Disember ini.

Perlawanan pusingan pertama akan diadakan di Stadium Tertutup MBKS di Jalan Utama seterusnya di Multi Purpose Hall, Swinburne University of Technology Sarawak.

Kejohanan tersebut ter- buka kepada empat kategori iaitu Beregu Lelaki Veteran (45 tahun keatas), Lelaki Beregu, Lelaki Beregu ( Kategori Jemputan) dan Beregu Lelaki Novis

Antara lain ia bertujuan untuk menjalinka­n hubungan yang erat dengan rakan niaga berpotensi di samping memupuk gaya hidup sihat dan aktif.

Hadiah utama adalah Piala Sarawak Energy bersama hadiah wang tunai dan pingat.

Bagi johan sebanyak RM8,000 wang tunai sebagai hadiah bersama pingat dan trofi sementara di tempat kedua RM4,000 serta pin- gat dan tempat ketiga wang tunai RM2,000.

Kejohanan terbuka kepada semua warga Sarawak, pemastauti­n tetap Sarawak, dan mereka yang mempunyai permit belajar atau bekerja di Sarawak.

S e t i a p p e n y e r t a a n dikenakan bayaran sebanyak RM300 sepasukan yang tidak akan dikembalik­an.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 21 Disember jam 12 tengah hari.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada ahli jawatankua­sa kejohanan James Lu ( 016- 8589683) atau Stephen Yee ( 0198880341).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia