Utusan Borneo (Sarawak)

Travelog tonjol budaya Melayu daripada perspektif gadis Cina

-

SEBUAH program travelog bertemakan budaya masyarakat Melayu di negara ini dari sudut pandangan seorang gadis Cina bertajuk ‘Saya Amoi Lah!’ akan disiarkan oleh Bernama News Channel (BNC) tidak lama lagi.

Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh berkata program 13 episod yang menggunaka­n bahasa Mandarin itu adalah hasil kerjasama BNC dengan syarikat produksi tempatan Educed Production Works Sdn Bhd.

Beliau berkata penyiaran travelog yang menyelusur­i setiap budaya masyarakat Melayu di seluruh negara itu dapat membantu penonton lebih memahami adat resam kaum Melayu yang semakin dilupakan generasi baharu masa kini.

“Generasi baharu ini terutamany­a yang menetap di kawasan bandar sudah terlalu banyak dipengaruh­i budaya luar, budaya global yang sama sekali mengetepik­an warisan bangsa dalam kehidupan seharian mereka,” katanya kepada Bernama selepas majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an antara Bernama dan Educed Production Works Sdn Bhd di Wisma Bernama baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abd Wahab dan Ketua Pegawai Operasi BNC Hakimi Mohd Zain.

MoU itu ditandatan­gani antara Zulkefli dan Pengarah Urusan Educed Production Works Sdn Bhd Muhaimin Yussof.

Zulkefli berkata penyiaran program itu nanti dapat mengetenga­hkan pelbagai keunikan budaya, adat resam dan pantang larang masyarakat Melayu, kepada generasi baharu dan kaum lain.

Bagi pengacara ‘Saya Amoi Lah!’ , Stella Chen, travelog itu bakal membawa penonton seolah-olah pulang semua ke kampung menerusi rakaman visual budaya Melayu yang cukup menarik dan berwarnawa­rni.

Personalit­i televisyen berusia 21 tahun itu berkata program terbabit akan menonjolka­n pelbagai aktiviti yang terkenal sebagai acara tradisi masyarakat Melayu.

“Antaranya seperti majlis kenduri kahwin di kampung, majlis mantai di Negeri Sembilan, belajar membuat keropok lekor di Terengganu selain mempelajar­i tarian tradisiona­l seperti Dondang Sayang (Melaka), Boria (Pulau Pinang) dan Zapin (Johor).

“Semuanya mempunyai keunikan tersendiri dan saya cukup teruja malah tidak sabar untuk berkongsi bersama penonton BNC,” katanya.

Sementara itu Muhaimin berkata projek travelog berkenaan hasil suntikan dana daripada Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM)

“Saya Amoi Lah! dihasilkan dengan bantuan sepenuhnya menerusi DPIK (Dana Pembanguna­n Industri Kreatif) dan berharap ia bakal menjadi titik permulaan kepada lebih banyak program bertemakan budaya dan adat resam masyarakat berbilang kaum di Malaysia,” katanya.

Tambah Muhaimin, pihaknya kini hanya menunggu persetujua­n untuk mula menyiarkan program itu menerusi saluran BNC 502 di Astro.

— Bernama STESEN radio Hot FM akan menganjurk­an Anugerah TOP HOT 2017 dalam usaha menghargai serta memberi pengiktira­fan kepada penggiat seni muzik tanah air yang telah bekerja keras dalam industri sepanjang tahun.

Seiring dengan perkembang­an media digital, pengiktira­fan anjuran stesen radio Hot FM ini menggunaka­n sepenuhnya platform digital di mana orang ramai boleh mengundi calon-calon kegemaran mereka di laman web rasmi Hot FM, www.hotfm. com.my.

Antara kategori-kategori yang dipertandi­ngkan adalah Lagu Hot 2017, Penyanyi Lelaki Hot 2017, Penyanyi Wanita Hot 2017, Penyanyi Baru Hot 2017, Super Band Hot 2017 dan FB Live Hot 2017.

Senarai pencalonan awal Top Hot 2017 adalah berdasarka­n produk penggiat seni yang ke udara di Hot FM dari 1 Januari hingga 31 Oktober 2017.

Bermula 13 November lalu, undian pusingan pertama telah dibuka untuk menyenarai pendek lima calon terbaik daripada senarai pencalonan awal dan berakhir pada 24 November jam 12.00 tengah malam.

Manakala undian pusingan akhir yang bakal menentukan pemenang bagi setiap kategori akan bermula pada Isnin, 27 November dan akan ditutup pada Jumaat, 15 Disember 2017 jam 12.00 tengah malam.

Pemenang akan diumumkan di Hot FM pada 29 Disember bermula jam 6.00 pagi dan semua perkembang­an terkini mengenai Top Hot 2017 boleh diikuti menerusi platform digital Hot FM.

Top Hot 2017 ialah pengiktira­fan yang memberi kuasa sepenuhnya kepada pendengar dan peminat setia untuk menentukan pemenang bagi kesemua kategori pencalonan yang dipertandi­ngkan.

Mula menghangat­kan gelombang udara dalam penyiaran radio pada Februari 2006, Hot FM terus berkembang menjadi salah sebuah stesen radio yang berjenama kukuh seiring dengan pesaing yang lain.

Merupakan stesen radio kedua milik Media Prima Berhad, Hot FM menyasarka­n golongan 30 tahun ke bawah dan majoriti pendengar adalah pekerja kolar putih dan pelajar.

Dengan misi untuk sentiasa relevan dengan perubahan lanskap radio yang pesat, Hot FM terus aktif dengan senergi telefon pintar yang lebih mobil serta menumpukan operasi bukan sahaja melalui radio tradisiona­l malah melalui platform digital dan media sosial (Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube) dengan jumlah terkumpul terkini hampir 6.6 juta pengikut dan peminat atas talian.

Hot FM sentiasa berusaha untuk memberikan pengisian yang kreatif di samping lagulagu hits terkini untuk terus kekal menjadi sebahagian daripada gaya hidup pendengar stesen ini.

 ?? — Gambar Bernama ?? DIMETERAI: Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh (dua, kiri) bersama Pengarah Urusan Educed Production Works Sdn Bhd Muhaimin Yussof (dua, kanan) menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Bernama...
— Gambar Bernama DIMETERAI: Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh (dua, kiri) bersama Pengarah Urusan Educed Production Works Sdn Bhd Muhaimin Yussof (dua, kanan) menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Bernama...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia