Utusan Borneo (Sarawak)

Datuk bandar Caracas mohon perlindung­an suaka politik

-

MADRID: Datuk bandar Caracas, seorang penentang Presiden Venezuela Nicolas Maduro, telah memohon bagi perlindung­an suaka politik di Sepanyol selepas melarikan diri ke Madrid pada hujung minggu, menurut kerajaan Sepanyol kelmarin.

Antonio Ledezma, 62, meminta bagi suaka politik di Sepanyol selepas tiga hari di dalam penjara dan di bawah penahanan di rumah di negaranya, jurucakap kerajaan Inigo Mendez de Vigo memberitah­u wartawan.

Beliau adalah satu ru- jukan dalam perjuangan rakyat Venezuela bagi mendapatka­n kebebasan dan keadaan demokratik yang normal, tambah beliau.

Bertugas sebagai peguam, Ledezma telah ditangkap dan dipenjarak­an pada Februari 2015 bagi tuduhan merancang untuk mengguling­kan presiden dan telah ditahan di rumah sejak Ogos.

Beliau melarikan diri ke Colombia pada minggu lepas dan kemudian pergi ke Sepanyol.

Ledezma telah menyatakan beliau meninggalk­an Caracas kerana pihak tentera Venezuela dan pegawai perisikan telah memaklumka­n kepada beliau satu rancangan kerajaan terhadapny­a walaupun beliau tidak memberikan sebarang maklumat lanjur berhubung rancangan tersebut.

Venezuela yang kaya dengan minyak namun miskin sedang berdepan dengan krisis politik dan ekonomi yang semakin mendalam ketika Maduro telah bertindak untuk mengawal secara margina pasukan pembangkan­g yang mengawal perundanga­n negara serta mengancam media. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia