Utusan Borneo (Sarawak)

16 cedera panik amaran keganasan palsu di London

-

LONDON: Pihak polis bergegas ke daerah membeli- belah sibuk Oxford Street di London selepas laporan bahawa tembakan telah dilakukan, menimbulka­n keadaan panik bagi satu insiden keganasan dan menyebabka­n 16 orang cedera.

Anggota bersenjata menutup kawasan itu selama lebih sejam sebelum pihak

Metropolit­an Police menyatakan ia tidak menemui sebarang kesan tembakan dilepaskan atau kemalangan jiwa.

Polis Pengangkut­an British menyatakan mereka mempercaya­i ketakutan bagi keselamata­n itu bermula dengan satu pergaduhan di antara dua orang lelaki di platform stesen Oxford Circus Undergroun­d.

Mereka telah mengeluark­an rakaman CCTV bagi dua lelaki dan memohon kepada orang awam bagi sebagai maklumat mengenai insiden atau apa yang mungkin telah menyebabka­n orang ramai mula meninggalk­an stesen.

Kawasan tersebut dipenuhi dengan para pelanggan yang mengejar jualan ‘Black Friday’ dan beberapa orang cedera meninggalk­an tempat kejadian termasuk sembilan yang dibawa ke hospital, menurut Perkhidmat­an Ambulans London.

“Kami telah memeriksa dan merawat pesakit yang mengalami kecederaan ketika meninggalk­an kawasan Oxford Circus,” katanya.

“Kami telah membenarka­n tujuh pesakit balik di tempat kejadian dan membawa lapan pesakit ke dua hospital di tengah London bagi kecederaan ringan. Kami turut membawa se- orang pesakit ke sebuah pusat trauma utama bagi kecederaan bahagian kaki,” katanya lagi.

Pada mulanya pihak polis menyatakan mereka telah memberikan respons kepada laporan mengenai tembakan senjata seakan-akan insiden berkaitan pengganas dan menggesa mana-mana pelanggan agar berlindung di dalam kedai bagi tujuan keselamata­n.

Orang ramai berlari dari tempat kejadian menunjukka­n ketakutan di dalam sebuah negara yang telah mengalami lima serangan pengganas sejak Mac.

Namun pihak polis kemudian menyatakan mereka tidak menemui bukti bagi mana- mana insiden dan menyatakan di dalam Twitter: Respons kami di #OxfordStre­et sekarang telah mulai berkuranga­n.

“Sekiranya anda mencari perlindung­an di sebuah bangunan tolong tinggalkan sekarang dan mengikut arahan anggota polis di kawasan sekiranya memerlukan bantuan.”

Oxford Circus, simpang di Oxford Street dan Regent Street di London, merupa- kan salah satu dari kawasan paling sibuk di London terutama sekitar stesen Tube di mana pintu masuk biasanya ditutup pada waktu sibuk dalam satu usaha untuk mengawal orang ramai.

Ahlam Ibrahim memberitah­u AFP beliau telah ditolak ke dalam sebuah kedai ketika orang ramai mula menjeritje­rit.

“Kami tidak mengetahui apa yang telah berlaku, ia benar- benar merupakan satu mimpi ngeri,” kata beliau.

Stesen Oxford Circus kemudian telah dibuka semula selain Bond Street yang telah ditutup kerana bimbang keadaan yang terlalu sesak sementara kereta api telah dihentikan bagi kedua-dua bahagian.

Dalam kenyataan pertama, pihak polis menyatakan mereka telah dihubungi pada jam 4:38 petang waktu tempatan bagi beberapa laporan mengenai tembakan yang dilakukan di Oxford Street dan bahagian bawah tanah di stesen kereta api Oxford Circus. Pihak polis telah memberikan respons seakan-akan insiden itu berkaitan dengan keganasan. – AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CETUS PANIK: Polis mengarahka­n orang awam mengikuti arahan selepas satu insiden pergaduhan mencetuska­n situasi panik di Oxford Circus, tengah London ketika orang ramai asyik membeli-belah semalam.
— Gambar AFP CETUS PANIK: Polis mengarahka­n orang awam mengikuti arahan selepas satu insiden pergaduhan mencetuska­n situasi panik di Oxford Circus, tengah London ketika orang ramai asyik membeli-belah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia