Utusan Borneo (Sarawak)

Lima mayat tanpa kepala ditemui di Kivu Utara, Kongo

-

GOMA: Lima mayat yang dipenggal kepalanya telah ditemui di sebuah kampung di wilayah Kivu Utara di Republik Demokratik Congo, sebuah wilayah yang telah dibelenggu oleh keganasan di antara etnik, menurut pihak berkuasa tempatan kelmarin.

Mayat tersebut telah ditemui pada Khamis lepas di Kibirizi, sebuah kampung kirakira 200 kilometer di barat laut bandar utama wilayah Goma, di wilayah Rutshuru berhampira­n sempadan dengan Uganda.

Kawasan tersebut sering melihat pertempura­n di antara puak Hutus yang sering kali dikaitkan dengan pemberonta­k Democratic Forces for the Liberation of Rwanda (FDLR) serta kumpulan Nande dan Hunde, ketua kampung, Arnold Kakule, memberitah­u AFP.

Mangsa-mangsa tersebut, tiga orang dari Nande dan dua dari Hunde, telah dibunuh dengan parang, kemungkina­n oleh pejuang FDLR, menurut wakil kerajaan bagi Kivu Utara di kampung Deo Kamathe.

Dua orang lagi telah hilang sejak Khamis lepas, menurut wakil tersebut.

Beberapa orang telah terbunuh dalam pertempura­n di antara tiga kumpulan etnik sejak awal tahun ini.

Kumpulan Nande dan Hunde menganggap puak Hutu di DR Congo sebagai rakyat asing, dan menuduh mereka sebagai menyokong FDLR dalam satu usaha untuk merampas kawalan ke atas wilayah mereka.

FDLR telah ditubuhkan oleh pihak Hutu Rwanda yang mendapatka­n perlindung­an di timur DR Congo selepas pembunuhan beramairam­ai pihak Tutsi di Rwanda pada 1994,dan beberapa orang dari pemimpin mereka telah difikirkan sebagai subjek bagi waran antarabang­sa bagi peranan mereka di dalam genosid.

Pihak Huti di DR Congo tidak merahsiaka­n tentang pengejaran mereka terhadap tanah pertanian, dan menuduh Nande sebagai menghalang hak perlembaga­an mereka bagi kebebasan untuk penempatan.

DR Congo Timur telah menjadi kawasan bagi keganasan antara etnik sepanjang 20 tahun lepas, ketika beberapa kumpulan bertelagah untuk kawalan ke atas perlombong­an dan sumber lain. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia