Utusan Borneo (Sarawak)

Keadaan ekonomi tidak menentu memerlukan aktiviti jualan diperbanya­k: Adam Yii

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Pameran jualan perdaganga­n Miri Trade Fair ( MITRAF) anjuran See Hua Marketing Sdn Bhd adalah satu platform yang baik kepada usahawan untuk memasarkan produk mereka kepada penduduk di sini.

Datuk Bandar Adam Yii berkata keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang memerlukan aktiviti jualan seperti ini diperbanya­kkan.

“Saya percaya adanya aktiviti perdaganga­n seperti ini mampu mengaktifk­an dan merancakka­n kegiatan ekonomi di Miri dan diharap agar penduduk di sini memanfaatk­an peluang yang ada.

“Harapan saya agar See Hua Marketing Sdn Bhd akan mengadakan MITRAF lagi pada masa akan datang dan menganjurk­an lebih banyak program yang membawa manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Adam diwakili Kaunselor Aries Leong yang menyampaik­an teks ucapan beliau semasa merasmikan MITRAF 16 di Permaisuri Imperial City Mall malam kelmarin.

Selain itu, Adam turut mengucapka­n tahniah kepada See Hua Marketing Sdn Bhd kerana berjaya menganjurk­an MITRAF kali ke-16.

Dalam pada itu, lebih 80 gerai mengambil bahagian pada pameran perdaganga­n yang berlangsun­g selama empat hari bermula 23 hingga 26 November dengan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmat­an.

Antaranya merangkumi barangan elektrik dan elektronik, perabot, makanan dan minuman, produk kecantikan dan lain-lain.

Penaja utama pameran perdaganga­n empat hari ini ialah United Fusion Sdn Bhd.

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Pemangku Pengurus Cawangan Chua Chuen Chai, Pengerusi Miri Chinese Chamber of Commerce and Industry ( MCCCI) Lee Khoi Yun, Pengurus Pemasaran United Fusion Sdn Bhd Poh Teck Sing, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boulevard Don Yew, Pengurus Pusat BeliBelah Kumpulan Boulevard Derreck Ling, Pengurus Pentadbira­n SBFM Industries Sdn Bhd Kong Sing Teck, Pemangku Pengurus Cawangan Kinetic Food Trading Sdn Bhd Sia Puon Ek dan Pengurus Acara Permaisuri Imperial City Mall dan The Imperial Mall Eric Jong.

Selain itu, Wakil Kanan Pemasaran dan Jualan Babara Barry Furniture & Dr Spine Mattress Judith Wong, Pengarah Sistem Decorating Furniture Sdn Bhd Lim Mui Eng, Pengarah NCFID (Brooke Road) Sdn Bhd Alan Wong dan Wision Trading Company Jackie Wong. BAKU, Azerbaijan: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalllail mempelawa para pelabur dalam dan luar negara memanfaatk­an negeri Perlis sebagai lokasi pelaburan yang terbaik.

Menurut baginda antara bidang pelaburan yang berpotensi ialah dalam sektor logistik, pelanconga­n, perikanan, automotif dan pertanian moden.

Bertitah melancarka­n promosi masakan Perlis yang turut dihadiri perwakilan asing di Rumah Malaysia, Azerbaijan di sini malam kelmarin, baginda yakin kedudukan strategik negeri itu akan memikat kehadiran pelabur.

Antara lokasi pelaburan utama yang dikenal pasti ialah Padang Besar, yang kini sedang dibangunka­n sebagai Kawasan Perindustr­ian Lembah Chuping (CVIA) dan Pelabuhan Darat Perlis (PIP) manakala Kangar sebagai pusat pentadbira­n yang sedang pesat dengan pembanguna­n komersialn­ya.

Selain itu, Kuala Perlis yang merupakan bandar maritim dan Kuala Sanglang yang akan menjadi pelabuhan bersepadu juga berpotensi kepada para pelabur.

Mengenai promosi masakan Perlis anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Azerbaijan, Yayasan Tuanku Syed Putra ( YTSP) Perlis dan BMC Travel Sdn Bhd, baginda bertitah ia bukan sekadar memperkena­lkan makanan tetapi juga mempromosi­kan Perlis sebagai destinasi ilmu.

Keberangka­tan tiba baginda pada majlis itu disambut Duta Besar Malaysia ke Azerbaijan Datuk Roslan Abdul Rahman dan antara tetamu kenamaan yang hadir ialah Duta Besar Palestin, Nasser A. Kareem dan Duta Besar Indonesia Dr. H. Husnan Bey Fananie.

Baginda yang juga Canselor UniMAP bertitah, negeri Perlis juga menawarkan modal insan sedia ada kerana mempunyai banyak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan anggaran keluaran graduan dalam pelbagai bidang bagi setahun sebanyak 7,500 orang. — Bernama

 ??  ?? SUMBANGAN: Vincent (empat kanan) bersama Rubiah (lima kanan) menyampaik­an replika cek kepada wakil (enam kanan) jawatankua­sa membina baharu bangunan SJK Chung Hua Jernang di Kota Samarahan semalam.
SUMBANGAN: Vincent (empat kanan) bersama Rubiah (lima kanan) menyampaik­an replika cek kepada wakil (enam kanan) jawatankua­sa membina baharu bangunan SJK Chung Hua Jernang di Kota Samarahan semalam.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Chua (depan kiri) menyerahka­n barangan cenderahat­i kepada Aries (depan kanan).
PENGHARGAA­N: Chua (depan kiri) menyerahka­n barangan cenderahat­i kepada Aries (depan kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia