Utusan Borneo (Sarawak)

Emart Batu Kawa cari pengusaha kedai minum, penjual daging segar dan rempah

-

KUCHING: Pasar Segar Emart Batu Kawa kini menawarkan harga berpatutan bagi barangan segar istimewa untuk pelanggan dengan ruangan beli-belah tertutup berhawa dingin.

Pengurus Kanan Emart Group Property Simon Lee berkata, Emart Batu Kawa yang dibuka 24 jam adalah untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada pelanggann­ya bagi mendapatka­n barangan segar.

Menurutnya, sebanyak 30 gerai beroperasi pada masa kini dan pihaknya masih mencari peniaga yang mahu menjalanka­n perniagaan seperti kedai minum tradisiona­l, penjual daging segar dan kedai rempah ratus.

“Kita memilih peniaga yang mahu berniaga di sini dan kita turut memantau mereka agar mereka dapat memajukan perniagaan mereka,” kata Lee sambil menambah pihaknya turut mengawal harga bagi barangan di situ.

Setiap Selasa bermula dari jam 3 petang hingga 6 petang, mereka akan mengadakan jualan ‘ Joyful Wholesale’ yang memfokuska­n kepada memberi kegembiraa­n dengan menawarkan harga murah di pasar raya itu.

Bagi pasar tamu yang terletak di tapak parkir beroperasi seperti biasa iaitu dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari (sesi pagi) dan 4 petang hingga 10 malam (sesi petang).

Selain itu, Lee memberitah­u ruang pasar tamu untuk sebelah petang telah penuh manakala sebelah pagi masih terdapat lot tapak untuk peniaga yang ingin menjalanka­n perniagaan di situ.

Turut hadir Penasihat Emart Group Property Chan Hiok San dan Pengurusan Emart Jong Sang Chin.

Justeru, orang ramai ingin mengetahui lanjut tentang Emart Tamu atau Pasar Raya Segar boleh menghubung­i Apple Thung di talian 0105249666 atau Chloe Chan di talian 013-8379089.

 ??  ?? RASMI: Jong (tiga kiri), Chan (tiga kanan), Lee (dua kanan) dan tetamu kehormat lain memotong reben sebagai simbolik perasmian Pasar Raya Segar Emart Batu Kawa.
RASMI: Jong (tiga kiri), Chan (tiga kanan), Lee (dua kanan) dan tetamu kehormat lain memotong reben sebagai simbolik perasmian Pasar Raya Segar Emart Batu Kawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia