Utusan Borneo (Sarawak)

ML Home Mart dibuka rasmi di Kota Samarahan

-

KOTA SAMARAHAN: Min Liong Hardware Sdn Bhd semalam merasmikan pembukaan ketiga ML Home Mart, yang pertama seumpamany­a dengan ciri moden bagi pasaran itu di sini.

Pengarah Urusan Min Liong Hardware Sdn Bhd, Vincent Chai Min Liong berkata pihaknya telah lama menyimpan hasrat untuk melebarkan sayap di dalam perniagaan tersebut ekoran kepesatan dan pertambaha­n populasi di dalam dan di pinggir bandar.

“Pasaran untuk menyediaka­n perabot dan perkakasan rumah dilihat seperti perkara biasa di Australia dan Thailand, dan ini merupakan yang pertama pihak kami adakan bagi menyediaka­n kemudahan bagi penduduk sekitar membeli-belah di satu tempat dengan selesa.

“Pihak kami juga mendapat nasihat dan tunjuk ajar daripada setiap sumber yang selama ini menyokong perniagaan kami sehingga mencapai ke tahap hari ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian ML Home Mart cawangan ke-3 di Kota Samarahan semalam.

Pihaknya turut berhasrat untuk mengadakan promosi dan tawaran harga hebat sempena sambutan perayaan sepanjang tahun yang mana status terkini akan dimuat turun di dalam laman sosial Facebook ML Home Mart dan siaran surat khabar tempatan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang memuji usaha yang dijalankan pihak Min Liong Hardware Sdn Bhd dengan membina sebuah bangunan penanda aras di dalam kawasan tersebut.

Beliau berkata pengembang­an perniagaan yang dilakukan pihak Min Liong Hardware Sdn Bhd bertepatan kerana populasi di kawasan tersebut semakin bertambah.

“Perniagaan seperti ini memerlukka­n sokongan daripada semua dan sejak 17 tahun bertapak di dalam perniagaan perkakasan saya mengharapk­an agar Min Liong Hardware Sdn Bhd akan memperluas­kan perniagaan mereka selepas ini,” tambahnya lagi.

Turut hadir sama adalah Pemangku Pegawai Daerah Samarahan, Rais Ahmat, Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Lee Chung Chern dan Pengurus Besar Min Liong Hardware Sdn Bhd Wilson Chai Min Shin.

Pada majlis yang sama, Min Liong Hardware Sdn Bhd turut menyampaik­an replika cek kepada jawatankua­sa membina bangunan baharu SJK Chung Hua Jernang, Kota Samarahan sebanyak RM20,000 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia