Utusan Borneo (Sarawak)

Perkakas Bosch dijual pada harga promosi hebat 10 hari

-

KOTA SAMARAHAN: Alatalat perkakasan Bosch dijual pada harga promosi hebat selama 10 hari bermula semalam dan berakhir 3 Disember ini bersempena dengan pembukaan Min Liong Hardware Sdn Bhd di Wisma Min Liong (ML Home Mart).

Semasa jualan, alat- alat perkakasan Bosch serta mesin kimplan I-Weld akan dipamerkan dan demonstras­i produk turut diadakan di premis berkenaan.

Jenama Bosch telah mencatat sejarah selama 131 tahun, terkenal dengan kualiti yang unggul serta perkhidmat­an yang meyakinkan.

Alat kuasanya dilengkapi dengan teknologi inovatif terkini yang amat berguna dalam kehidupan seharian anda.

Bagi pengguna yang gemarkan trend DIY, pelbagai perkakasan DIY seperti gerudi pasak dengan operasi pemutar skru dan gerudi yang dikuasakan dengan bateri lithium-ion.

Begitu juga dengan alat memotong rumput dan pembersih bertekanan tinggi juga dipamerkan.

Peralatan profesiona­l Bosch yang terdiri daripada tukul runtuh, tukul berputar, pengisar, gergaji, mesin potong 14’ dan banyak lagi turut diberi tawaran istimewa pihaknya.

Sementara itu, perkakasan di dalam kawasan tapak binaan seperti alat pengesan, alat pengukur jarak berlaser, pengukur sudut, alat pengaras optik dan sebagainya.

Selain itu juga, Min Liong Hardware Sdn Bhd juga mengadakan promosi mesin pengimpal jenama I-Weld, antaranya Mesin Kimpalan IGBT (percuma rod kimpalan, cakera pemotong skil, pemegang elektrod dan kabel bumi), mesin kimplan MIG (percuma pengatur gas, topi keledar kimpalan, MIG torch, kabel bumi, wayar MIG dan Gas CO2) serta mesin kimpalan TIG (percuma pengatur gas, TIG Torch, kabel bumi dan mesin pencanai Bosch).

Mesin penjana elektrik berjenama SUMO serta pam air pelbagai peringkat berjenama MARLINO juga boleh didapati pada harga yang istimewa semasa jualan promosi.

Pelanggan boleh menikmati harga yang menarik di samping mendapat hadiah percuma ketika membeli alat perkakasan Bosch pada waktu operasi di sini bermula 9 pagi sehingga 6 petang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 016- 2898080 atau terus ke ML Home Mart di alamat No.25, Lot 2207, Jalan Dato Mohd Musa, Kota Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia