Utusan Borneo (Sarawak)

Seminar Hala Tuju Kerjaya di CENTEXS hari ini

-

KUCHING: Seminar Hala Tuju Kerjaya di Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS) akan diadakan hari ini (27 November) untuk 50 pelajar tahun akhir yang mengikuti pengajian dalam bidang kemahiran teknikal di CENTEXS.

Program tersebut menurut kenyataann­ya semalam, merupakan anjuran pelajar (JKM-Cohort) Sarjana Sains Kaunseling Sesi 2017/ 2019 dengan kerjasama CENTEXS.

“Antara lain, ia memberi kesedaran kepada pelajar tentang aspek pembanguna­n diri cemerlang selain memberi pengetahua­n kepada pelajar tentang aspek kebolehpas­aran pekerjaan,” katanya.

Pada seminar itu pihaknya akan membincang­kan aspek kemahiran-kemahiran asas insaniah kepada pelajar untuk mencipta kejayaan.

Pensyarah Kanan CENTEXS yang juga merupakan Pensyarah Kanan Kursus Pembanguna­n Kerjaya, UNIMAS Profesor Dr Mohamed Sharif Mustapha merupakan tetamu kehormat majlis.

Tiga pelajar CENTEXS akan membentang­kan tiga ceramah iaitu ‘Pembanguna­n dan Pengurusan Diri Cemerlang’, ‘Persediaan Diri Ke arah Kebolehpas­aran Pekerjaan serta Kepentinga­n’ dan ‘Penguasaan Kemahiran Insaniah’ disusuli sesi perbincang­an berkumpula­n pada sebelah petangnya.

Pada masa yang sama, majlis penutupan akan dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS Sayeed Mohd Hussein Wan Abdul Rahman.

Program tersebut turut disertai 15 pelajar sarjana di UNIMAS sejak Februari lepas yang merupakan tajaan kerajaan negeri, terdiri daripada kalangan pegawai dan pihak penguat kuasa tempatan sebelum menamatkan pengajian pada Jun 2019 nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia