Utusan Borneo (Sarawak)

Ia bagi penuhi keperluan rakyat berpendapa­tan sederhana, rendah memiliki rumah

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Bandar raya Miri masih memerlukan pembinaan rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan rakyat berpendapa­tan sederhana dan rendah untuk memiliki rumah sendiri.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, kebanyakan rakyat pada masa kini hanya mampu memiliki rumah di bawah harga RM250,000.

“Walaupun kerajaan membina perumahan kos rendah, namun kehendak bagi memiliki rumah kos rendah berkenaan masih tinggi.

“Justeru, kita amat mengalu-alukan pemaju swasta membina perumahan dengan harga mampu milik, agar ia bukan sahaja dapat membantu rakyat membeli rumah dengan kemampuan pendapatan, tetapi juga untuk memiliki sebuah rumah idaman,” jelasnya.

Lee berkata demikian pada Majlis Perasmian Projek Lite View Park Homelite Developmen­t Sdn Bhd, di Tukau Bakam di sini semalam.

Hadir sama ialah Pengarah Urusan Homelite Wong Su Chung serta tetamu lain.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri Senadin itu, setiap rakyat mempunyai pendapatan dan cita rasa berbeza, tetapi saling ingin menikmati hidup yang selesa dan berkualiti.

“Justeru, bagi memenuhi keperluan mereka yang berpendapa­tan sederhana dan rendah untuk memiliki rumah selesa, kita berharap pemaju perumahan khasnya sektor swasta mengurangk­an kos pembinaan dan membina lebih banyak rumah kos rendah khasnya bagi perumahan apartmen,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatk­an pemaju perumahan agar membina rumah yang berpatutan dengan harga bukan sahaja yang berkualiti, malah dari segi pelbagai aspek termasuk kebersihan dan keselamata­n penduduk.

Katanya dengan kemajuan teknologi, bahan binaan dan kaedah pembinaan yang semakin canggih, sudah pasti pemaju perumahan dapat mencari bahan binaan yang menjimatka­n kos dan berkualiti.

“Sama ada penjual atau pembeli, kita masing-masing memerlukan hasil yang memuaskan.

“Pembeli mahukan kualiti yang terbaik dan berpatutan, manakala penjual mahukan keuntungan.

“Oleh itu, pemaju perlu bijak memastikan kepentinga­n kedua-dua pihak diutamakan,” tegasnya.

Sementara itu, projek Lite View Park bagi fasa pertama itu merangkumi 96 unit strata, di atas tapak seluas kirakira 20 ekar dengan mempunyai laluan hijau sepanjang 300 meter termasuk trek joging dan tempat beriadah barbeku.

Terdapat empat fasa blok kediaman dan satu fasa komersial arked.

 ??  ?? RASMI: (Tiga kiri) Wong, Lee serta yang lain memotong reben sebagai simbolik perasmian projek Lite View Park Homelite Developmen­t Sdn Bhd di Tukau Bakam, Miri semalam.
RASMI: (Tiga kiri) Wong, Lee serta yang lain memotong reben sebagai simbolik perasmian projek Lite View Park Homelite Developmen­t Sdn Bhd di Tukau Bakam, Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia