Utusan Borneo (Sarawak)

Produk desa MKMF tembusi pasaran S’pura

-

SINGAPURA: “Ada duit lebih lagikah dengan awak? Saya hanya perlukan 50 dolar. Banyak produk Malaysia dan semuanya halal.” Itu merupakan permintaan seorang isteri yang didengari penulis sendiri.

Memandang suaminya dengan penuh harapan, diyakini wanita bakal ibu ini baharu sahaja membeli-belah barangan bayi di dewan bersebelah­an di mana Internatio­nal Halal 2017 sedang berlangsun­g di Hall 4B, Expo Changi di sini.

Manakan tidak produk keluaran masyarakat desa menerusi program My Kampung My Future (MKMF) berjaya menarik ribuan rakyat Singapura sejak Nov 23 lalu.

Penulis dan rakan media Malaysia lain turut berasak membuat liputan bersama pengunjung daripada pelbagai lapisan bangsa di Hall 4B ini.

Produk daripada program tersebut yang melibatkan 13 buah kampung di seluruh Malaysia telah mencapai jualan sehingga RM11 juta sejak diperkenal­kan lima tahun yang lalu.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata, program terbabit merupakan kerjasama kementeria­nnya dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n Malaysia (FAMA).

“Banyak produk desa yang dibawa ke sini antaranya pati durian belanda, kordial limau nipis, kuih buah rotan, kek lapis, bonda dodol dan amplang,” katanya.

“Matlamat program berkenaan adalah bagi menggalakk­an aktiviti ekonomi di kampung selain mengurangk­an penghijrah­an golongan belia ke bandar,” ujarnya.

Sehubungan itu, tambahnya, kementeria­n kini dalam kajian untuk mengembang­kan program tersebut dengan fokus kepada golongan belia di desa untuk terlibat dalam industri kecil dan sederhana.

Internatio­nal Halal 2017 di Expo, Singapura ini berakhir semalam.

Program anjuran MegaXpress Internatio­nal Pte Ltd merupakan kesinambun­gan daripada program M3F (Malaysian Food & Fruits Fiesta) yang disertai FAMA selama 10 tahun berturut-turut.

Pemerhatia­n penulis, pemilihan Expo sebagai lokasi pameran produk tempatan adalah bertepatan kerana pembinaan laluan MRT kedua, Downtown Line, yang baharu dibuka Oktober lepas memudahkan rakyat Singapura berkunjung kerana terdapat hentian khas bagi Expo.

Laluan pertama MRT adalah menerusi East West Line yang turut mempunyai hentian di Expo ini juga. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia