Utusan Borneo (Sarawak)

Syed Alman Zain tidak sedarkan diri kerana dibius seluruh badan

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini semalam diberitahu Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, yang meninggal dunia ketika menerima rawatan pergigian di sini tahun lepas, bergerak beberapa kali seolah- olah meronta ketika rawatan mengeluark­an giginya, walaupun dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana dibius seluruh badan.

Dr Arlena Philip Lee, 30, yang ketika kejadian bertugas sebagai doktor gigi di Pusat Pergigian Imperial berkata, menantu timbalan perdana menteri itu mula bergerak ketika beliau menyuntik ubat kebas di bahagian gusi bawah kanan pesakit untuk mencabut gigi bongsunya.

“Saya gunakan ‘local anesthesia’ atau (LA) untuk menyuntik di bahagian gusi bawah dan masa itu pesakit bergerak. Dia seperti nak angkat tangan sebelah kiri.

“Pada ketika itu saya lihat ke arah Doktor Ting Teck Chin ( iaitu doktor yang memberi perkhidmat­an bius terhadap Syed Alman) dan bertanyaka­n adakah pesakit itu okay, Dr Ting jawab okay. Selepas itu dia menuju ke arah meja dalam bilik pembedahan dan berikan suntikan pada pesakit di bahagian tangan tempat suntikan intravena (IV),” katanya.

Dr Arlena berkata demikian ketika pemeriksaa­n utama Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Zulkefli pada perbicaraa­n kes pusat pakar pergigian itu yang didakwa berhubung kematian Syed Alman Zain ketika menerima rawatan di premis berkenaan tahun lepas.

Dr Arlena yang merupakan saksi ke-12 pendakwaan adalah doktor yang bertanggun­gjawab menjalanka­n pembedahan pergigian untuk mencabut dua batang gigi Syed Alman Zain.

Beliau berkata selepas suntikan itu diberikan Syed Alman Zain telah berhenti bergerak dan beliau meneruskan prosedur untuk memotong gusi namun beberapa minit kemudian mangsa bergerak lagi dan mengangkat kedua-dua tangan kanan dan kirinya seolah-olah ingin memegang mukanya.

“Saya menyuruh pembantu jururawat, Noor Azima untuk memegang tangan pesakit dan pada masa tersebut Dr Ting beri suntikan lagi pada pesakit di tempat yang sama. Selepas suntikan diberikan, pesakit berhenti mengangkat tangan, dia berdengkur seolah-olah sedang tidur,” katanya.

Bagaimanap­un, Dr Arlena berkata kira-kira 15 minit beliau meneruskan prosedur pembedahan, Syed Alman Zain sekali lagi bergerak dengan cuba mengangkat tangan dan kakinya seperti mahu bangun menyebabka­n beliau sekali lagi memberhent­ikan prosedur pembedahan dan ketika itu beliau sudah mencabut separuh gigi bongsu mangsa.

“Saya ( sekali lagi) bertanya Dr Ting adakah pesakit okay, dia berkata okay, anda hanya teruskan. Selepas itu dia beri suntikan sekali lagi pada bahagian tangan pesakit di tempat yang sama,” katanya yang memberitah­u pesakit kemudian berhenti bergerak.

Dr Arlena berkata dia kemudian meneruskan prosedur pembedahan namun kira- kira 10 minit kemudian Dr Ting mengarahka­n- nya untuk memberhent­ikan prosedur dan mengatakan “Henti, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena. Boleh anda berhenti?

Saksi itu berkata beliau memberi laluan kepada Dr Ting yang kemudian memeriksa nadi pesakit.

Terdahulu saksi itu memberitah­u sebelum memulakan prosedur bius dan pembedahan gigi, beliau telah bertanyaka­n Syed Alman Zain mengenai nombor telefon kecemasan sekiranya sesuatu kecemasan berlaku.

Dr Arlena berkata, kebiasaann­ya pihak klinik akan memperoleh­i nombor telefon suami, isteri atau keluarga terdekat pesakit namun berlainan dengan Syed Alman yang memberi nombor rakannya namun tidak memberitah­u siapakah nama rakannya itu.

Pada 12 Ogos 2016, pusat pergigian itu yang diwakili pengarah syarikatny­a Dr Wong Yen Ling mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan berhubung kematian Syed Alman Zain.

Antara pertuduhan itu ialah beliau selaku orang kena saman (OKS), didakwa sebagai pemegang lesen, didapati gagal memastikan Dr Ting Teck Chin iaitu orang yang memberi perkhidmat­an anestesia terhadap Syed Alman Zain mempunyai kelayakan anestesiol­ogi.

Klinik itu didakwa sebagai pemegang lesen telah gagal memastikan individu yang berkhidmat untuk menjalanka­n prosedur radiologi ( orthopanto­mogram) dan perkhidmat­an anestesia secara ‘IV Sedation’ ke atas Syed Alman Zain mempunyai kelayakan berbuat demikian.

Dakwaan lain terhadap premis tersebut ialah gagal menyediaka­n langkah-langkah perlu bagi menyelamat­kan nyawa pesakit dengan tidak menyediaka­n oksigen sebagai perkhidmat­an jagaan kecemasan asas serta gagal mengemukak­an kepada PPUM satu salinan semua rekod perubatan Syed Alman Zain semasa dia dipindahka­n ke sana.

Klinik berkenaan turut didakwa gagal menyimpan dan menyenggar­a suatu daftar kakitangan, memastikan kehendak pelabelan ubat dipatuhi serta tidak mengambil langkah yang cukup untuk melindungi semua kakitangan profesiona­l jagaan kesihatan dan persekitar­an terhadap bahaya biologikal.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di klinik yang terletak di Jalan Telawi, Bangsar Baru, Brickfield­s, di sini, antara jam 6 petang dan 9.05 malam, antara 26 Mei dan 2 Jun 2016. Tujuh pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 31(4), 39(2), 40(4) dan 117(2)(b)(i) Akta Kemudahan dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta 1998 yang memperuntu­kkan hukuman denda antara RM30,000 dan RM300,000, jika sabit kesalahan.

Dua lagi pertuduhan dikemukaka­n mengikut Peraturan 49(7) dan 245(6) PeraturanP­eraturan Kemudahan dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Lain) 2006 yang memperuntu­kkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Harmi Thamri bersambung hari ini. — Bernama

Saya menyuruh pembantu jururawat, Noor Azima untuk memegang tangan pesakit dan pada masa tersebut Dr Ting beri suntikan lagi pada pesakit di tempat yang sama. Selepas suntikan diberikan, pesakit berhenti mengangkat tangan, dia berdengkur seolah-olah sedang tidur. Dr Arlena Philip Lee Doktor gigi

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Wan Junaidi (dua kiri) melancarka­n Pelan Pengurusan Risiko Rasuah pada majlis Ikrar Bebas Rasuah di Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar di ibu negara semalam. Turut sama Dzulkifli (kiri).
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Wan Junaidi (dua kiri) melancarka­n Pelan Pengurusan Risiko Rasuah pada majlis Ikrar Bebas Rasuah di Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar di ibu negara semalam. Turut sama Dzulkifli (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia