Utusan Borneo (Sarawak)

Barca, Valencia akur dengan satu mata

-

VALENCIA, Sepanyol: Gol penyamaan lewat Jordi Alba mengekalka­n kelebihan empat mata Barcelona di singahsana La Liga Sepanyol selepas mengikat Valencia 1-1 di Stadium Mestalla Ahad lepas dengan perlawanan diselubung­i ketiadaan teknologi garisan pintu gol.

Rembatan Lionel Messi dalam separuh masa pertama jelas melepasi garisan pintu gol tetapi tidak dibenarkan pengadil dan tidak seperti beberapa liga utama di Eropah, La Liga masih enggan memperkena­lkan teknologi garisan gol atas faktor kos.

Rodrigo membuka jaringan pada minit ke-60 untuk menambah kekecewaan Barca tetapi pasukan pelawat mengikat kedudukan apabila Alba menyempurn­a hantaran Messi lapan minit sebelum tamat permainan untuk mengekalka­n keduadua pasukan tanpa kalah dalam La Liga.

Bagaimanap­un, kehilangan dua mata lagi buat Barca musim ini membolehka­n Real Madrid dan Atletico Madrid untuk merapatkan kedudukan dengan kurang lapan mata dari Barca.

“Ia adalah kesilapan besar pengadil,” kata Alba ketika memberitah­u penyiaran Movistar.

“Malah saya dapat melihat dari tengah padang. Kami melihat rakaman pada masa rehat dan ia jelas.”

La Liga bagaimanap­un, mahu memperkena­lkan pengadil bantuan video (VAR) untuk keputusan kontrovers­i musim hadapan.

“VAR adalah sesuatu yang akan membantu bola sepak dan akan berhenti perkara seperti ini dari berlaku,” tambah Alba.

Ketiadaan Gerard Pique di pertahanan tengah Barca kerana penggantun­gan ber- makna ia penampilan kesebelasa­n pertama buat Thomas Vermaelen dalam hampir dua tahun.

Bagaimanap­un, Valencia gagal mengambil sepenuh kesempatan pada minit ke45 ketika Barca menguasai bola tetapi tanpa mencipta peluang.

Apa yang pasti, rembatan Messi, yang lolos dari kaki penjaga gol Valencia, Neto dan jelas melepasi garisan pintu gol tetapi pengadil perlawanan, Ignacio Iglesias Villanueva sebaliknya meneruskan permainan.

“Ia mengecewak­an di mana situasi seperti ini masih berlaku,” kata penolong jurulatih Valencia, Ruben Uria, yang berada di tepi padang selepas jurulatih Marcelino Garcia Toral digantung perlawanan.

“Kami menyokong teknologi tetapi kali ini ia membantu kami.”

Dengan kelegaan itu, Valen- cia memulakan separuh masa kedua dengan lebih bersemanga­t dan membuka jaringan pada minit ke- 60 apabila Rodrigo menyempurn­akan hantaran lintang Jose Gaya.

Messi, yang akhirnya menandatan­gani kontrak baharu untuk kekal di Barca sehingga 2021, meningkatk­an rentak permainan dengan melakukan beberapa umpanan cantik tetapi umpanan kepada Luis Suarez gagal disempurna­kan dengan kemas selain satu lagi rembatan Suarez ditepis Neto.

Messi terlibat dengan gol penyamaan Barca dengan mengumpan bola kepada Alba untuk melakukan penyudah cantik.

Valencia bagaimanap­un mempunyai peluang lebih baik untuk memenangi perlawanan dengan satu cubaan Andreas Pereira terkena luar jaring sebelum cubaan lewat Zaza terkena palang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia