Utusan Borneo (Sarawak)

Lagi bukti kerajaan tidak rampas tanah

Pemilikan tanah projek usaha sama kelapa sawit pertama negeri ini diiktiraf

- Oleh Florence Nervyn

KANOWIT: Pemilik tanah projek usaha sama kelapa sawit pertama negeri ini di sini kini boleh menarik nafas lega selepas pemilikan tanah mereka diiktiraf.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Ngemah Alexander Vincent berkata ini dilakukan menerusi surat pengesahan tanah (Land Confirmati­on Letter) oleh Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (LCDA).

“Dokumen ini menjamin aset pemilik tanah sekiranya pemilikan tanah mereka dipertikai­kan pada masa akan datang,” katanya pada majlis penyerahan surat kepada 14 tuai rumah dan pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Kawasan (ADC) projek dikenali Blok B dan D Kanowit, semalam.

Projek usaha sama di bawah Boustead Pelita Kanowit Sdn Bhd diluluskan kerajaan negeri pada 1 Januari 1996 dan seterusnya menjadi projek perintis di Sarawak.

Blok B dan D terdiri daripada kawasan seluas 12,639 hektar ditanam daripada keseluruha­n tanah seluas 14,400 hektar.

Ia melibatkan 1,801 peserta berdaftar daripada 856 pintu daripada 93 rumah panjang meliputi kawasan Mapai, Bawan, Jih, Pedai di bawah Blok B dan Kelimut dan Maong di bawah Blok D.

Dokumen ini menjamin aset pemilik tanah sekiranya pemilikan tanah mereka dipertikai­kan pada masa akan datang. Alexander Vincent ADUN Ngemah

Perjanjian usaha sama antara pelabur Kuala Sidim Berhad, LCDA dan peserta ditandatan­gani pada 6 Mei 1998.

Sejumlah RM58.759 juta dividen dan bayaran pendahulua­n telah dibayar sehingga 30 Oktober tahun ini.

Alexander berkata, pro- jek itu menghadapi banyak halangan apabila mula-mula dijalankan termasuk penolakan penduduk kerana mereka mendakwa kerajaan mahu mengambil tanah.

“Tetapi sekarang ramai menyedari bagaimana projek itu memberi manfaat kepada mereka dalam meningkatk­an ekonomi.

“Saya percaya projek ini membawa banyak perkembang­an baik kepada peserta dan Kanowit secara umum dalam tempoh 20 tahun selepas bermula,” jelasnya.

Alexander menggesa pemilik tanah merebut peluang melakukan penyukatan peri- meter tanah di bawah inisiatif baharu dengan RM30 juta diperuntuk­kan oleh kerajaan untuk tujuan tersebut di bawah Bajet 2018.

Sementara itu, Pengurus Perniagaan Agro LCDA Francis Kiyuk berkata sejumlah 14,639 hektar tanah di Kanowit ditanam kelapa sawit daripada 43,000 hektar diluluskan kerajaan negeri.

Hadir sama Pengurus Besar Boustead Estate Agency Sarawak Rozaini Abdul Ghani dan wakil Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Danny Lansdale Rajau. KUCHING: Debat mengenai Perjanjian Malaysia 1963 ( MA63) dijangka berlaku jika Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menerima tawaran daripada Presiden Parti Reformasi Sarawak (STAR) Lina Soo.

Perkembang­an itu selepas Lina mengemukak­an surat bagi menyahut cabaran Pandikar semalam, untuk berdebat secara terbuka berhubung isu penubuhan Malaysia khususnya membabitka­n hak Sarawak dan Sabah.

“Kami memuji keberanian beliau (Pandikar) yang hampir tidak terdapat pada mana-mana ahli politik Malaysia hari ini.

“Untuk itu, saya berbesar hati menyambut tawaran dan menerima cabaran beliau itu,” kata Lina pada sidang media di sini, semalam.

Beliau turut mencadangk­an untuk debat tersebut diadakan pada Sabtu iaitu 13, 20 atau 27 Januari tahun depan, jam 2.30 petang dengan tempat ditentukan oleh Pandikar di Kuala Lumpur.

Lina juga memilih untuk berdebat menggunaka­n bahasa Inggeris memandangk­an MA63 adalah perjanjian antarabang­sa dalam bahasa Inggeris yang disediakan oleh British, ditandatan­gani dan dimeterai di London.

Lina merupakan bekas presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia Sarawak, Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA) yang pada 2014 telah diisytihar­kan sebagai ancaman kepada keselamata­n dan ketenteram­an awam ketika ia adalah yang pertama di negara ini untuk memulakan perbincang­an dan forum umum mengenai MA63 di seluruh Sarawak.

Pandikar baru- baru ini dilaporkan mencabar manamana pihak yang mahu berdebat secara terbuka berhubung isu penubuhan Malaysia khususnya membabitka­n hak Sarawak dan Sabah.

“Saya sedia hadir pada bilabila masa terutama bagi menjelaska­n fakta berhubung MA yang diputar belit sesetengah pihak,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Alexander (lima kiri) dan Rozaini (lima kanan) bersama penerima surat pengesahan tanah di Kanowit.
KENANGAN: Alexander (lima kiri) dan Rozaini (lima kanan) bersama penerima surat pengesahan tanah di Kanowit.
 ??  ?? SEDIA DEBAT: Lina (kanan) bersama yang lain menunjukka­n surat yang dikemukaka­n kepada Pandikar pada sidang media di Kuching, semalam.
SEDIA DEBAT: Lina (kanan) bersama yang lain menunjukka­n surat yang dikemukaka­n kepada Pandikar pada sidang media di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia