Utusan Borneo (Sarawak)

Agong kurnia darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutua­n kepada 611 penerima

-

KUALA LUMPUR: Yang di- Pertuan Agong Sultan Muhammad V semalam berkenan mengurniak­an darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutua­n Tahun 2017 kepada 611 penerima.

Mendahului senarai sembilan penerima Darjah Johan Mangku Negara (JMN) ialah Ketua Staf Am Markas Pemerintah­an Medan Barat Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Tengku Ahmad Noor Tuan Chik.

Turut menerima darjah JMN ialah Pengarah Kanan Bahagian Dasar Sektoral Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datin K. Talagavath­i, Pengarah Bahagian Perancanga­n Kecemerlan­gan Institusi Pengajian Tinggi Prof Dr Raha Abdul Rahim, Pensyarah Antropolog­i dan Sosiologi Pusat Penga- jian Sains Kemasyarak­atan Universiti Sains Malaysia Prof Dr P. Sivamuruga­n dan Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Prof Dr Wahid Razzaly.

Penerima lain JMN ialah Pengarah Bahagian Penyelidik­an, Perancanga­n dan Dasar, Jabatan Perkhidmat­an Awam Suhaime Mahbar, AJK UMNO Pasir Raja Bot Sharduli Abd Rahman, Anggota Majlis Tertinggi Parti Liberal Demokratik Thien Kui Sang dan Naib Pengerusi MCA Kota Raja, Wong Van Choy.

Yang di- Pertuan Agong turut mengurniak­an darjah Johan Setia Mahkota (JSM) kepada 37 individu, antaranya kepada bekas Panglima Briged ke-12 Infantri Malaysia, Brigadier Jeneral (B) Datuk Mohd Nazri Abidin dan Timbalan Pengarah ( Perancanga­n Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman SAC Rusli Mohd Noor.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Lintang Datuk Mohd Zolkafly Harun antara 118 individu yang mendahului senarai penerima darjah Kesatria Mangku Negara (KMN).

Turut menarik perhatian ialah dua individu yang melakar sejarah negara apabila berperanan menaikkan bendera Jalur Gemilang ketika merdeka pada 31 Ogos 1957 iaitu Oliver Cuthbert Samuel dan Mohamed Sarif Kalam turut dikurniaka­n darjah KMN.

Pada istiadat berkenaan, penerjun negara Cheong Jun Hoong antara 206 individu yang menerima Ahli Mangku Negara dan 241 orang lagi menerima Pingat Pangkuan Negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia