Utusan Borneo (Sarawak)

Korea Utara isytihar nuklear sepenuhnya

Kim dengan bangga umum misil terbaharu mampu sampai ke mana-mana lokasi di AS

-

SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un semalam berkata negaranya sudah mencapai kenegaraan nuklear sepenuhnya selepas berjaya menguji misil baharu yang berupaya sampai ke mana-mana tempat di Amerika Syarikat (AS).

Pelancaran misil balistik antara benua ( ICBM) menamatkan jeda selama dua bulan dalam ujian oleh Korea Utara dan menimbulka­n cabaran bagi Presiden AS Donald Trump yang telah berikrar bahawa keupayaan sedemikian tidak akan berlaku.

Televisyen kerajaan Korea Utara menampilka­n Ri Chun- hee, penyiar kanan yang hanya muncul untuk perkembang­an signifikan, bagi mengumumka­n pencapaian tersebut.

“K i m J o n g - u n mengisytih­arkan dengan bangga bahawa sekarang kita akhirnya sudah merealisas­ikan perjuangan bersejarah yang hebat untuk melengkapk­an kuasa nuklear kerajaan, perjuangan membina kuasa roket,” katanya.

“Kejayaan hebat dalam ujian ICBM Hwasong- 15 adalah satu kemenangan tidak ternilai yang diperolehi rakyat DPRK yang hebat dan berani,” katanya, menggunaka­n singkatan rasmi bagi Korea Utara.

Misil semalam lebih canggih berbanding misil yang diuji sebelum ini, kata media kerajaan.

“Sistem persenjata­an jenis ICBM Hwasong- 15 merupakan roket balistik antara benua yang diletak dengan kepala peledak berat yang amat besar pada hujungnya dan berupaya untuk sampai ke seluruh tanah besar AS,” kata agensi berita rasmi KCNA.

Pyongyang berkata, misil itu mencapai ketinggian 4,475 kilometer dan turun 950 kilometer dari tapak pelancaran.

Sekurang- kurangnya seorang pakar Barat berkata trajektori tinggi misil itu membayangk­an julat sebenar 13,000 kilometer, lebih jauh berbanding jarak sebarang ujian sebelum ini dan misil yang akan sampai ke setiap bandar raya utama di AS.

Trump, yang baru-baru ini mengumumka­n sekatan baharu ke atas Pyongyang dan meletakkan­nya semula ke dalam senarai AS bagi negara penaja keganasan, tidak jelas dalam respons segeranya, manakala Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersetuju untuk mengadakan sesi tergempar.

“Saya hanya akan memberitah­u anda bahawa kita akan mengendali­kannya,” kata Trump di Rumah Putih.

“Ia adalah situasi yang kita akan tangani,” tanmbahnya tanpa menjelas lanjut.

Namun negara jiran Korea Utara tidak begitu sabar, denganPerd­anaMenteri­Jepun Shinzo Abe yang menyifatka­n ujian itu sebagai satu perbuatan ganas yang tidak boleh dibiarkan manakala Presiden Korea Selatan Moon Jae- in mengecam tingkah laku semberono Pyongyang.

Pemimpin AS bercakap menerusi telefon dengan Abe dan Moon selepas ujian semalam untuk menggarisk­an ancaman global yang ditimbulka­n oleh Korea Utara.

Trump rapat dengan Abe, tetapi hubungan dengan rakan sejawatann­ya di Korea Selatan, yang dituduh cuba memujuk Pyongyang, jauh lebih dingin, dan ada kebimbanga­n di Seoul bahawa presiden AS mungkin sedang menimbang tindakan ketenteraa­n terhadap Korea Utara yang boleh mencetuska­n perang berskala besar.

“Situasi ini mungkin tidak dapat kawalan,” kata Moon dalam satu mesyuarat pegawai keselamata­n negara yang diadakan dengan tergesa-gesa semalam.

“Kita perlu mengelak senario sedemikian di mana Korea Utara mungkin tersalah agak situasi dan mengugut kita dengan senjata nuklear, atau AS mungkin mempertimb­ang serangan awal,” katanya.

Seoul mempunyai 10 juta penduduk dan hanya 50 kilometer dari sempadan, pastinya dalam julat artileri Pyongyang. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TERUJA: Orang ramai menonton siaran berita mengenai kejayaan pelancaran ICBM Hwangsong-15 pada skrin gergasi dekat stesen kereta api di Pyongyang, semalam.
— Gambar AFP TERUJA: Orang ramai menonton siaran berita mengenai kejayaan pelancaran ICBM Hwangsong-15 pada skrin gergasi dekat stesen kereta api di Pyongyang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia