Utusan Borneo (Sarawak)

Penyatuan rakyat kekuatan untuk kerajaan memperjuan­gkan hak-hak yang telah dijanjikan ketika pembentuka­n negara

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Rakyat di negeri ini harus bersama pemimpin dalam melindungi dan mempertaha­nkan hak-hak daripada dicantas pihak luar.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Lambir Ripin Lamat memberitah­u, penyatuan semua rakyat adalah kekuatan untuk kerajaan memperjuan­gkan hakhak yang telah dijanjikan ketika pembentuka­n negara.

“Kita harus memberi sokongan penuh dan bersama kepimpinan negeri memperjuan­gkan hak- hak yang sememangny­a menjadi milik kita,” tegas beliau merasmikan Sambutan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Miri di Dewan Suarah semalam.

Ripin berkata, kejayaan dan kemakmuran dikecapi hari ini

Kita harus memberi sokongan penuh dan bersama kepimpinan negeri memperjuan­gkan hak-hak yang kita. ” sememangny­a menjadi milik

tidak kekal jika rakyat tidak berganding bahu mempertaha­nkannya.

Justeru, beliau menyeru rakyat memberikan kepercayaa­n kepada pemimpin agar agenda pembanguna­n negara dan negeri terus berkembang.

Selari dengan tema sambutan, ‘Kesatuan Ummah Kesejahter­aan Negara,’ Ripin mahu rakyat pelbagai kaum, budaya dan agama mengukuhka­n semangat perpaduan demi keharmonia­n dan keamanan negeri.

“Kita jadi model di Malaysia, boleh hidup bersama, bergaul bersama meneruskan agenda pembanguna­n negeri Sarawak ke arah yang lebih gemilang,” jelasnya.

Tentang sambutan Ripin berkata, kesatuan ummah telah ditunjukka­n Rasulullah SAW dan para sahabat semasa berada di Madinah.

Agama Islam mengajar

Ripin Lamat ADUN Lambir

umat untuk menguatkan saf kesatuan agar sentiasa kukuh dan tahan diuji cabaran.

Ripin turut mengumumka­n peruntukan RM15,000 sebagai dana penganjura­n sambutan pada tahun depan.

Dalam pada itu, kontinjen Jabatan Kastam Diraja Malaysia Miri muncul juara keseluruha­n perarakan dan menerima hadiah RM1,000, piala dan sijil.

Turut serta dalam perarakan bersama 58 kontinjen ialah Menteri Muda Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Lee Kim Shin, ADUN Telang Usan Dennis Ngau, ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting, Datuk Bandar Adam Yii dan Residen Miri Sherrina Hussaini.

 ??  ?? SYABAS: Ripin (enam kiri) bersama tetamu kehormat merakamkan kenangan dengan kontinjen Jabatan Kastam yang muncul juara keseluruha­n perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Miri semalam.
SYABAS: Ripin (enam kiri) bersama tetamu kehormat merakamkan kenangan dengan kontinjen Jabatan Kastam yang muncul juara keseluruha­n perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia