Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia fokus hubungan pendidikan dengan Azerbaijan: Duta

-

BAKU, Azerbaijan: Sektor ilmu dan pendidikan menjadi fokus Kedutaan Besar Malaysia di Azerbaijan pada masa ini selain usaha berterusan untuk membesarka­n saiz kerjasama ekonomi dan kebudayaan di antara dua negara.

Duta Besar Malaysia di Azerbaijan, Datuk Roslan Abdul Rahman berkata sektor ilmu dan pendidikan penting kerana ia turut menjadi pemangkin hubungan rapat kedua-dua negara.

Bercakap kepada Bernama di sini baru-baru ini, beliau berkata Universiti Malaysia Perlis ( UniMAP) adalah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia yang proaktif menghulur jalinan kerjasama dengan IPT tersohor di Azerbaijan.

“Saya yakin UniMAP dan beberapa institusi lain yang pernah hadir di Azerbaijan akan menjadi pemangkin hubungan dan kerjasama Malaysia-Azerbaijan melalui sektor ilmu dan pendidikan,” katanya.

Program Jelajah Ilmu UniMAP 2017 ke Azerbaijan selama empat hari yang diketuai Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l minggu lepas memperliha­tkan usaha positif universiti itu menghulur jalinan kerjasama yang disambut baik oleh institusi-institusi pengajian tinggi di negara pengeluar minyak itu.

Antara kerjasama yang dijalin ialah di antara UniMAP dan Khazar University yang telah menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) berkaitan kerjasama akademik manakala majlis menandatan­gani surat hasrat (LoI) berlangsun­g di antara UniMAP dan Odlar Yurdu University (OYU) sebagai langkah awal menjalin kerjasama yang lebih kukuh.

Delegasi yang turut disertai Timbalan Naib Canselor UniMAP Prof Dr Mohd Fo’ad Sakdan, Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof Madya Razli Ahmad serta anggota-anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu juga melawat Baku Higher Oil School.

Roslan berkata, beliau turut mengiringi Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor UniMAP mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan Azerbaijan, Mikayil Jabbarov untuk membincang­kan penerokaan peluang kerjasama lebih mendalam dalam sektor pendidikan.

Beliau percaya jalinan kerjasama yang mula terlakar antara UniMAP dan institusii­nstitusi pengajian tinggi di Azerbaijan akan terus kukuh dan utuh serta memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak.

Selain itu, lawatan ke sektor industri termasuk Petronas Azerbaijan ( Shah Deniz) yang merupakan pelaburan penting Malaysia di negara itu selain syarikat Azerbaijan Oil and Fat di pinggir bandar Baku turut membawa manfaat.

Roslan berkata Petronas membuat pelaburan lebih AS$4 bilion di Azerbaijan sejak beberapa tahun lepas kerana yakin dengan masa depannya.

Mengenai penerbanga­n terus Kuala Lumpur-Baku, beliau berkata setakat ini ia belum dilaksanak­an namun rakyat Malaysia mempunyai pilihan untuk ke Azerbaijan termasuk melalui Bangkok, Thailand.

Beliau percaya rakyat Malaysia akan lebih ramai melawat Azerbaijan begitu juga sebaliknya jika terdapat penerbanga­n terus Kuala Lumpur-Baku.

Pada masa ini, Malaysia memberi kemudahan kepada rakyat Azerbaijan memasuki negara tanpa visa selama 30 hari sejak 2015 tetapi rakyat Malaysia yang memasuki Azerbaijan masih memerlukan visa.

Roslan berkata hubungan rapat Malaysia- Azerbaijan pasti akan membawa hasil yang positif dalam apa jua perbincang­an berkaitan kepentinga­n bersama. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? WAJAH CERIA: Ibrahim (tengah) bergambar dengan sebahagian peserta-peserta Persidanga­n Kepimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) 5.0 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama WAJAH CERIA: Ibrahim (tengah) bergambar dengan sebahagian peserta-peserta Persidanga­n Kepimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) 5.0 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia