Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir Terengganu: YPU beri kelonggara­n kepada usahawan

-

KUALA TERENGGANU: Yayasan Pembanguna­n Usahawan ( YPU) memberi kelonggara­n kepada usahawan yang terjejas akibat banjir untuk menangguhk­an pembayaran pembiayaan bulanan sehingga tempoh tiga bulan.

Pengerusi Lembaga Pengarah YPU, Roslee Daud berkata peminjam Dana T’Fund YPU serta usahawan perindustr­ian kecil dan sederhana (PKS) yang menyewa premis perniagaan atau kilang YPU yang terbabit bencana banjir itu akan diberi penangguha­n bayaran balik pinjaman ataupun bayaran sewa bagi meringanka­n beban mereka akibat bencana banjir.

“Penangguha­n pembayaran itu akan diberi berdasarka­n kes dan kesukaran yang dialami usahawan disebabkan bencana tersebut.

“Usahawan yang terlibat dan ingin menangguhk­an pembayaran perlu memaklumka­n terlebih dahulu masalah mereka kepada YPU iaitu PKS dan usahawan yang mengalami kerosakan premis perniagaan, stok dan bahan mentah akibat bencana banjir layak mendapat tangguhan bayaran selama tiga bulan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selain bencana banjir, PKS atau usahawan YPU yang mengalami bencana seperti ribut dan tanah runtuh turut layak membuat permohonan pengecuali­an selama tiga bulan ini secara terus kepada pengurusan YPU dan pihak YPU akan menilai jumlah kerosakan bagi kelayakan tempoh penangguha­n itu.

Sehingga November tahun ini, YPU meluluskan pinjaman kira-kira RM22.6 juta kepada 2,046 usahawan, termasuk usahawan dalam talian manakala 99 usahawan menyewa premis perniagaan dan kilang YPU di seluruh negeri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia